RESEPI MEE KOLOK BASAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari tu wana janji mau kongsi resepi mee kolok basah ni. Sebelum tu, pada yang tak tau mee kolok ni  adalah masakan yang berasal dari Sarawak.  Memang sering makan jika my sis pergi Lawas, dapat la kirim. Sedap tapi  sebelum ni aku selalu makan mee kolok goreng.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Kali ni aku buat pertama kalinya versi basah pula. Alhamdulillah walaupun baru mencuba menjadi juga.Wink2 😉

Jom semak resepi..

RESEPI: MEE KOLOK BASAH
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN: 
1 gulung mee kolok ( boleh tukar mee sanggul )
3 ulas bawang putih ( dimayang )
2 sb minyak masak
2 sb sos tiram
2 sb kicap pekat
2 sb kicap cair
4 helai daun sawi ( potong 1 inci )
1/2 cwn hirisan ayam ( rebus dengan sup bunjut )
3 cwn air rebusan ayam
1/2 labu bawang besar ( hiris nipis )
Garam, gula, lada sulah & ajinamoto secukup rasa.
Hiasan: Daun bawang & bawang goreng

CARA:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masuk bawang besar. Kacau seketika hingga layu. Masuk sos tiram, kicap pekat, kicap cair & air rebusan ayam.
  2. Masukkan mee. Biarkan sedikit lembut. Masukkan garam, gula & ajinamoto secukup rasa.
  3. Kacau seketika. Masuk sawi dan hirisan ayam. Masak hingga mee lembut dan sawi layu.
  4. Angkat & hidang segera. Hias dengan daun bawang & bawang goreng.
- Selamat mencuba -

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Ini la mee kolok

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Mudah ja kan. Boleh la buat sendiri..hehe..

Okeylah, sampai sini saja. Jumpa lagi.

Sekian, wasalam.




Tempahan kek birthday: Russian Black & White Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ni mau kongsikan tempahan kek birthday. Kali ni customer pilih Kek Russian Black & White. Kek ni merupakan kek yang popular juga. Apa yang buat kek ni sangat menarik adalah kemewahan rasa coklat ganache dan cream cheese. Memang rasa kek ni sangat memukau. Wow!!!

Layan..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

RUSSIAN BLACK & WHITE CAKE
BERAT: 1.2KG++
HARGA: RM75


Tq Ms, Suhaini kerana menempah dengan SRC. 

Pada yang berminat, sila whatsApp/sms -> 0128244251 ~ bbwana.
Delivery area: kota kinabalu, beaufort, Sipitang. Tq

Kek Nikah: Kek Red Velvet

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri kek tempahan lagi..alhamdulillah rezeki tak putus-putus..syukur pada allah.

Kali ni tempahan kek nikah dari seorang teman my sis Liza..kek red velvet dengan deko 'roses' yang simple.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KEK NIKAH
KEK RED VELVET ( cream cheese frosting )

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Tahniah buat Kamarul dan Natassya..

Terima kasih kerana menempah dengan Sweet red cherry..

Order? Hubungi 0128244251(bbwana)~whatsApp.
Lokasi: Kota kinabalu, papar, Sipitang

Sekian, wasalam.


Wordless Wednesday: Mee Kolok Basah


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Wordless wednesday..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Sedap tau..^_^

Insyaallah aku kongsi resepinya di lain masa..

Sekian, wasalam.

JEMPUT-JEMPUT CHEESE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku mau kongsikan resepi. Lama tidak kongsi apa-apa resepi di sini.

Menu sarapan atau minum petang yang ringkas dan mudah tapi sedap. Sesuai buat peminat cheese dimana kalian boleh menikmati rasa cheese dalam variasi lain pula..kali ni dalam bentuk cucur. Jemput-jemput cheese..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Tabur lebih banyak cheese lebih umphhhh!!!!

Untuk resepinya boleh tengok dibawah ni..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

RESEPI: JEMPUT-JEMPUT CHEESE
SUMBER: MYBAKINGWORKSHOP.BLOGSPOT.COM
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
(A)
250g tepung naik sendiri }
1/4 sk soda bikarbonat } ayak
4 sb gula kastor
(B)
Buttermilk/susu segar
(C)
Brown sugar secukupnya
Parutan cheddar cheese secukupnya

CARA:
- Panaskan minyak dalam kuali (deep fryer). Guna api sederhana.
- Satukan bahan A, gaul guna handwhisk. Masukkan bahan B sikit-sikit hingga adunan menjadi seperti adunan pancake/waffle. Tidak terlalu pekat atau cair. Sesuai diceduk guna sudu.
-  Bila minyak panas,masuk adunan sedikit-sedikit dengan sudu. Jangan masukkan terlalu banyak. Adunan akan kembang dan terapung.
- Terbalikkan dan biar hingga perang. Toskan minyak. Buat hingga habis.
- Susun atas pinggan, tabur brown sugar dan parutan cheese. Hidangkan panas-panas.

Mudah ja kan..^_^
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Siap!! 

Okeylah..sampai sini saja..insyaallah jika ada kelapangan..aku kongsi resepi kek pula..thanx semua sudi singgah sini..daaa!!

Sekian, wasalam.








Tempahan Kek budget/Kek kontena

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni berkongsi entri tempahan lagi..alhamdulillah murah rezeki..

Tempahan baru-baru ni dari customer yang sama iaitu Sis Dayang. Tapi sebelum ni tempah kek birthday dan kali ni tempah kek budget versi kontena..tq sis..muahhmuahhh!!!

Jom layan..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Pelbagai perisa kek popular yang sedap dan bersaiz individu.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KEK KONTENA:

JENIS KEK: KEK COKLAT MOIST, RED VELVET CAKE, SNOW CHEESE CAKE, KEK.NESTUM CHEESE, LAYER CHEESE

HARGA: RM5, EACH
MIN ORDER: 5 KONTENA

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Ini "feedback' yang aku terima dari customer..syukur..

Haa, kalau teringin makan kek saiz mini dan jimat kek ni sangat sesuai..

Meh, jom order!!!
WA: 0128244251~bbwana
Area: Sipitang, Beaufort, kota kinabalu

Sekian, wasalam.





ORDER: RED VELVET CAKE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dapat tempahan kek yang punya peminatnya tersendiri..buat 'cheesecake  lover' terutamanya..Kek ini punya tarikan dari segi warna merah baldunya dan rasa krim keju yang pastinya memikat dan sukar dilupakan..sungguh!!!

Ini antara tempahan Kek red velvet..jom layan gambar..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Tempahan dari kawan my sis..untuk ulangtahun ibunya..'request' tulisan jawi..alhamdulillah suka dengan feedback sebab kek habis berebut makan..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KEK RED VELVET
2KG
RM85

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Tempahan dari Sis Dayang buat suami tercinta dan anak buah tersayang..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KEK RED VELVET
1KG
RM55

Terima kasih kerana menempah dengan Sweet red cherry..

Pada yang mau merasa keenakkan kek ni..jom tempah!!!
Sebab❔❔❔
√ Murah😱
√ Sedap😍
√ Berbaloi💜

Hubungi 👉 0128244251 (bbwana)~whatsApp. 
Area Delivery: Sipitang,  Beaufort,  Kota Kinabalu. 

Okeylah, jumpa lagi semua..

Sekian, wasalam.