Kali ni aku nak cite skit latar belakang Liza Enterprise. Ini adalah nama lesen perniagaan yang kami gunakan dalam menjalankan bisnes kami. Sebenarnya selain menjual aneka produk kuih muih dan kek, kami juga membekalkan produk kuih muih dan sebagainya di asrama sekolah seperti SMK. Padang Berampah selama 2 thn dan SMK. Pengiran Omar 2 Sipitang selama 6 bln. Kami juga memberikan perkhimatan katering untuk majlis perkahwinan, mesyuarat, kursus dan pelbagai jenis majlis.
Selain tu, kami juga membekalkan produk kuih muih ke restoran yang tertentu dan juga tamu. Sekiranya ada perayaan atau pesta di Sipitang seperti Pesta GATA ( Gasing dan tamu besar ), kami akan turut serta buka gerai. Bermula tahun 2009, kami juga menerima tempahan membuat biskut raya. Pelbagai biskut yang kami buat. Bagi yang berminat bolehlah hubungi kami melalui email atau telefon seperti yang tertera. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog kami ni.
No comments:
Post a Comment