BAHULU LAPIS

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..


Sekarang ni aku memang rajin mengupdate blog. Pantang ada masa free aku memang update blog..aku tidak mau makin banyak himpunan entri yang tertunda. Nak cite skit,aku ni sorang yang suka mencuba pelbagai resepi baru terutamanya kek..suka sangat mem'baking'..kadang tu menjadi dan kadang tu sebaliknya pula..tapi, aku tidak pernah pun putus asa..aku terus cuba dan cuba lagi sampai la hasilnya menjadi..mama adalah pengkritik tetap aku..hehe..kebanyakkan kek, mufin atau cupcakes tu aku belajar sendiri berpandukan buku resepi ataupun resepi yang aku google di internet..kadang-kadang tu aku rujuk dengan mama aku juga sebab beliau pernah mengikut banyak kursus memasak dan buat kek..boring katanya bila suda pencen ni..

Petang ni aku mau publish bahulu yang aku buat baru-baru ni iaitu bahulu lapis. Resepi ni aku dapat dari blogger resepi..senang dan cantik ja jadinya bahulu ni..Jom la kita tguk gambarnya..

BAHULU LAPIS

Bahulu ni intinya adalah jem nanas. Jem ni homemade..mama aku buat sendiri jem nanas ni..boleh taruh apa-apa jem kesukaan masing-masing.

Ada juga buat bahulu ni dalam versi gulung tapi aku buat versi lapis ja..easykan..hehe..










Sebarang pertanyaan atau tempahan, sila email dan telefon kami seperti yang tertera. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment