KEK COKLAT MOIST LAGI

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..


Hai, apa kabar semua? harapnya sihat la kan..sekarang ni kena jaga kesihatan kerana keadaan cuaca yang tidak menentu..hujan, panas, hujan lagi dan panas..anak-anak la yang perlu dijaga supaya tidak sakit lagipun cuti sekolah suda hampir habis dan sesi persekolahan baru bagi tahun 2013 bakal di buka..

Okey la, sebelum aku melalut panjang tentang benda lain sekarang ni aku ingin kongsikan dengan semua gambar kek yang telah aku buat. Kek ni aku buat untuk anak sedara aku sempena sambutan krismas yang lalu selain buat biskut..ada 3 biji kek yang aku buat untuk dia..kali ni aku siarkan lagi mengenai Kek Coklat Moist..antara kek coklat yang menjadi kegemaran ramai..kalau aku buat, semua suka makan kek ni..syukur la..

KEK COKLAT MOIST
HARGA RM 35 ( 1KG)


 Rupa kek sebelum simbah dengan topping coklat

Ini pula rupa kek setelah disimbah dengan topping coklat yang lazat dan taburan coklat rice. Sedap sungguh..tidak tipu..

Yang ni pula, aku masukkan kek dalam kotak untuk memudahkan anak sedara aku tu bawa kek ni..












Jika anda ingin merasa dan menempah kek coklat yang sedap ni, sila la hubungi kami menerusi email dan telefon saja ke nombor yang tertera di atas ini. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment