RESEPI KEK LAPIS KUKUS BISKUT MARIE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

KEK LAPIS KUKUS BISKUT MARIE

Hai, kita bertemu lagi pada petang ni nampaknya..sebenarnya aku agak sibuk juga hari ni buat kek..tadi buka blog nampak pulak comment dari sorang blogger, Kak Norlie Harumaini yang request resepi kek lapis kukus bisku marie ni..so, untuk tidak menghampakan Kak Norlie..di sini aku kongsikan resepi kek ni dengan beliau dan pengunjung-pengunjung blog Sweet Red Cherry..

Jom kita semak resepi di bawah..

NAMA RESEPI: KEK LAPIS KUKUS BISKUT MARIE
SUMBER          : SAJIAN SELERA MAJALAH MINGGUAN WANITA

Bahan A:
4 biji telur
175 g gula kastor
1/2 sk esen vanila
2 sk ovalette

Bahan B:
100 ml susu ideal/susu cair
1/2 sk garam
1 sk pandan emulco

Bahan C:
150 g tepung gandum

Bahan D:
Biskut marie perisa coklat/kopi/cappucino

Cara Menyediakannya:
- Satukan bahan ( A ) dan pukul hingga gebu selama 10 minit.
- Masukkan bahab ( B ) sedikit demi sedikit diikuti dengan ( C ), kacau hingga sebati.
- Bahagi kepada 5 bahagian, susunkan biskut marie pada setiap lapisan.
- Kukus selapis demi selapis hingga selesai.

*Nota: Aku kukus setiap lapisan 5-7 min..lapisan terakhir kukus selama 10-15 min..


Kek ni memang sedap..setelah kek dipotong pun..biskut marie dalam kek ni masih lagi ranggup..so, sapa yang suka dan ingin mencuba kek ni sila kan..yang aku buat ni lapisan biskut agak banyak so, ia kelihatan padat..

 
So, selamat mencuba ya..bye..

2 comments:

  1. assalamu'alaikum....sis gna loyang/acuan bper inci ya? biskut tu ada tak guna habis sepeket?

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam maisarah..sya guna loyang saiz 9in..biskut marie tu x guna abis sepeket..hanya guna secukupnya saja..

      Delete