KEK BIRTHDAY: RED VELVET CHEESE CAKE MELELEH

Assalamualaikum w.b.t..

Selamat malam semuanya..sekarang ni baru ada mood mau menaip..siang tadi rasa malas dan mau berehat saja memandangkan cuaca yang sejuk gila buat rasa mau baring ja di tilam..heheh..

Baiklah, hari ni aku mau kongsikan entri tentang kek birthday yang aku buat khas untuk 2 orang adik tersayang aku iaitu Dayang Zarina & Ms. Adienia..Oleh kerana mereka berdua ni lahir pada bulan yang sama iaitu disember walaupun berlainan tarikh lahir iaitu Dayang pada 12/12..manakala Adienia pada 17/12, aku memutuskan untuk buat sebiji kek saja untuk dikongsikan oleh mereka berdua ni..aku tidak cukup masa mau buat 2 jenis kek..alhamdulillah Adienia dan Dayang suka sangat dengan kek ni..walaupun sebenarnya Dayang teringin sangat mau kek princess..alalala, kesiannya dia sebab belum tertunai impian..insyaallah, tahun ni dapat la kek princess ya Yayang..hihi..

Aku buatkan Red velvet cheese cake meleleh untuk 2 orang kesayangan aku ni..kek ni aku buat pun agak lambat sudah..so, sambutannya pun 'belated birthday'..nda kisah la tu kan..janji kek ada dan dorang happy..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
Red velvet cheese cake meleleh
 RED VELVET CHEESE CAKE MELELEH
BERAT: 1KG
HARGA: RM55

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Aku memang puas hati dengan kek ni..sebab sedap..hihi..bukan angkat bakul sendiri..tapi, hakikatnya semua yang makan kek ni puji kek ni sedap dan suka makan..syukur la..memang rasa happy sangat bila hasil tangan kita dihargai kan..suka, suka , suka..^_^

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

 Kek ni bertambah sedap bila dimakan selepas disimpan dalam peti sejuk..tapi, jangan la terlalu lama biarkan sampai seminggu pula dalam peti sejuk..kek yang sedap pun jadi lain sudah rasanya..hehe..



 Birthday girls, Dayang & Adienia..'Happy Belated Birthday..'untuk Dayang, 'kaka bb' doakan semoga menjadi anak yang pintar, rajin, berjaya dalam pelajaran, solehah, sayang dan hormat dengan orang tua..untuk  Adienia pula, 'kaka' doakan semoga sihat dan ceria selalu, dimurahkan rezeki dan sentiasa berada di bawah lindunganNYA..amin..'kaka' sayang kamu..

Untuk resepi kek aku kongsikan di bawah ni ya..jom semak..

RESEPI: RED VELVET CHEESE CAKE MELELEH
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN :
(A)
240 ml susu cair - satukan
2 sk jus lemon/limau nipis - biar selama
4 sk pewarna merah- 15 min
(B)
250 g tepung naik sendiri
1/2 sk garam
2 sb serbuk koko
(C)
2 sk cuka
1 sk bikarbonat soda
(D)
150 g mentega
280 g gula halus
1 sk esen vanila
3 biji telur gred c

CARANYA:
- Satukan bahan D, pukul kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
- Masukkan bahan B selang seli dengan bahan A. Pukul sebati.
Satukan bahan C dan masukkan dalam adunan.
- Tuang dalam loyang yang di gris dan alas dengan baking paper.
- Bakar dalam suhu 160 c selama 20 minit - masak. Sejukkan.

CREAM CHEESE MELELEH
SUMBER: DAPUR MAMASYA / K.ZAI ( DAPUR IMPIAN )
250 g cream cheese
120 g susu pekat manis
50 ml uht whip cream

- Mix semua bahan dan pukul hingga sebati.

* Tips: Mau bagi lagi cair, tambah sikit-sikit susu cair/uht whip cream sampai meleleh. 

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

 Potong kek kepada 2 bahagian..letak 1 bahagian kek atas papan kek dan sapukan cream cheese. Kemudian letak lagi 1 bahagian kek..sapu cream cheese dikeseluruhan kek..deko ikut kreativiti masing-masing.

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Jika ada yang berminat untuk order kek ni atau produk kami, jangan malu-malu untuk menghubungi kami menerusi email yang tertera di atas atau terus hubungi talian 012-8244251 ( bbwana )..boleh sms/call/whatsApp..tq.

6 comments:

  1. salam...
    ada buat jgk RVC meleleh...
    memang sdp...

    ReplyDelete
  2. Salam bb,
    Lama umi tak datang sini..sibuk sikit...rvc ni memang sentiasa jadi idaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam umi..thanx ya singgah sini..betul tu..rvc ni memang selalu jadi idaman semua orang apalagi pegemar cheese kan..

      Delete
  3. salam juga syapex..

    sedap kan rvc meleleh ni..rasa x puas kalau makan sepotong ja..hehe..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wana klu sebut jer red valvet mmg mudah jer alir liur ni mgalir. mmg suka sgt dgn kek tu tambah pulak dgn cheese yg meleleh...tangkap leleh gitew...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kak uj..

      ha'ah betul tu..rvc ni memang sedap dan menggiurkan kan..

      Delete