POPIA KENTANG SIMPLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai..Hai..

Hari ni aku ingin kongsi resepi Popia kentang simple..bagi memenuhi permintaan rakan blogger, Nur As..Hai nur as..ni untuk awak..harap awak happy dengan entri ni..hihik..^_^..nanti bila dah buat, up entrinya ya..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
POPIA KENTANG SIMPLE
Resepinya sangat senang..kawan-kawan yang lain jika teringin nak buat silakan..aku suka kongsi benda yang bermanfaat buat semua..jom semak resepi.

RESEPI: POPIA KENTANG
OLEH: SWEET RED CHERRY

(INTI):
2-3 biji ubi kentang - dipotong dadu
1/2 biji bawang besar - didadu
Serbuk Kari secukupnya
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Air secukupnya

Kulit popia secukupnya
Minyak untuk menggoreng

CARA: (Inti)

  • Panaskan minyak dalam kuali.
  • Tumis bawang besar hingga wangi.
  • Masukkan serbuk Kari, garam, gula dan air. Gaul sebati. Tunggu sehingga air kering dan kentang telah masak/lembut. Jika kentang tidak cukup lembut, tambahkan air.
  • Sejukkan
  • Buka kepingan kulit popia dan letak inti di tengah.
  • Gulung dan gamkan bahagian hujung dengan air.
  • Lakukan hingga habis.
  • Panaskan minyak dan goreng.
  • Siap
-selamat mencuba-

* NOTA: Inti ni boleh juga untuk karipap..kira 2 in 1 la..hehe..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Step by step
Boleh rujuk gambar di atas ya..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Enjoy

Okey la ya, sampai sini saja entri aku pada malam ni.Terima kasih kerana membaca hingga habis. Jumpa lagi. Bye..

-wasalam-



11 comments:

  1. Salam singgah malam dik Wana...sedap ni buat sarapan pagi...akak suka makan popia apa2 pun inti dia...

    ReplyDelete
  2. sedap jugak ni.... kulit popia tu lembut je didalam...

    ReplyDelete
  3. yeayyy, nanti nak try. Thanks yee. hihihi

    ReplyDelete
  4. Sedap popia kntang ni..kak lina pun buat camni gak tp tmbh sardin sket..
    Sedap kan mkn panas² rangup jer...ada lebih,boleh froozen

    ReplyDelete
  5. ini konfem sedap :)
    resipi dia pon mudah je

    ReplyDelete
  6. Akak nak try lah nanti.
    Suka semua resepi kentang :)

    ReplyDelete
  7. macam best je.. macam nak buat je... hehe. saya tengah kumpul resepi untuk dibuat nanti ^^,

    ReplyDelete
  8. oookay kentang lagi. hahaha.. jangan disebut sebut kang ada esok pi serbu kepci nak beli mashed potato.

    ReplyDelete
  9. Simpleee nyaa. ~ hehehe. nak mencuba. tapi bahannya tak ada. -_-

    ReplyDelete