Kerabu Maggi Tomyam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat bercuti dan selamat berhujung minggu buat semua..nampaknya semua orang tengah dalam mood bercuti..ada yang plan jalan makan angin..bestlah kan..aku juga yang duduk di rumah..huhu..

Hari ni mau tayang menu yang best..nampak cheq da tayang terus berkenan dan terliur..mula la aku menjalankan misi membuat Kerabu Maggi tomyam..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Fuh, sedaplah..seriusss!!!

Sini susah la mau cari orang jual kerabu maggi..oleh kerana aku teringin sangat mau makan jadi aku buat lah sendiri..banyak juga resepi yang aku google dan rujuk selain resepi cheq da..

Jom tengok resepi

RESEPI: KERABU MAGGI TOMYAM
OLAHAN SEMULA: SWEET RED CHERRY

1 peket maggi perisa tomyam/maggi siam
beberapa ekor udang/sotong -bersihkan udang dan sotong dipotong cincin
cendawan butang dalam tin - dihiris ( jika suka )
kubis yang dihiris nipis ( secukupnya )
tauge secukupnya
1/2 labu bawang besar dihiris
1 biji tomato - belah 4
perahan air limau kasturi
2-3 biji cili padi dipotong - kalau suka pedas tambah lagi
Sedikit daun sup-hiasan

CARA:
  1. Rebus maggi di dalam kuali. Masukkan sekali udang dan sotong. Toskan.
  2. Celur kubis dan tauge.
  3. Ambil pes tomyam dalam bungkusan dan bancuh dengan air. Banyak air terpulang.
  4. Gaul maggi, kubis,tauge,bawang besar,tomato,udang,sotong,cendawan,cili padi dan tuangkan air bancuhan tomyam. Gaul sebati.
  5. Perahkan sedikit jus limau kasturi.
  6. Sedia untuk dihidangkan.
-Selamat mencuba-

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Kerabu ni pedas sangat..aku sekarang sudah tidak tahan makan pedas..tapi pedas pun habis juga aku makan..tapi sedia la air menunggu..hihi..

So, pada kawan-kawan yang teringin mencuba, sila try resepi ni..senang ja buatnya pun kan ^_^. 

Okeylah, sampai sini saja entri aku pada kali ni. Jumpa lagi..dadaaaa..

p/s: cheq da, di sini bb tak jumpa maggi jenama ruski..tu yang guna maggi tomyam biasa tu..asal boleh la kan..huhu :D

26 comments:

  1. Kat klate ni banyak jual kerabu maggi ni, tapi tak pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh bestnya..kat sini susah jumpa kerabu maggi..tulah wana buat sendiri :)

      Delete
  2. Oklah dh cuba...berjaya jgk bb kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah berjaya buat tapi agaknya lebih sedap kalau dapat guna maggi siam atau ruski tu kan..

      Delete
    2. i buat bisnes maggi siam . drpd kilang . pm ws 0175242681 ,effa .

      Delete
  3. kreatifnya wana, dari meggi boleh jadi kerabu..memang lapar tengok nak2 lagi kat sini lepas ujannn.. :(

    ReplyDelete
  4. Sedapnye wana. Selain murtabak maggi boleh buat kerabu maggi jg ye.

    ReplyDelete
  5. firstime dnga kerabu maggi.
    nampak mcm snang resepi ni. nt bole cuba. hehe

    ReplyDelete
  6. lapar pulak tengok time hujan2 camni. huhu

    ReplyDelete
  7. IM tak pernah tau kerabu megi sebelum ni. Tp mudah ja nak buat, boleh try nanti. Hehe

    ReplyDelete
  8. Anak-anak Acik tiap2 hari beli...berasap telinga...tapi memang sedap la

    ReplyDelete
  9. Adusss kerabu maggi. Pos mai Penang sepinggan, nak rasa.

    ReplyDelete
  10. yumyum..sedap..hehehe

    blogwalking dari blog arepnakbebel.com :) followed sini. happy blogging.

    ReplyDelete
  11. sedappp kerabu maggi..dh lama xmerasa ^_^

    ReplyDelete
  12. Makan macam tu je pun sedap kan,...
    Wana tak buat kek hari ni?

    ReplyDelete
  13. Tak pernah tahu pasal kerabu maggi ni, first time dgr..erk? macam sedap je..nanti nak try la :) thank kak Wana :)

    ReplyDelete
  14. Wow tak pernah buat lagi ni.
    Cam terliur je.

    ReplyDelete
  15. Huhu... first time tengok kerabu maggi nie... tak pernah tau pun ada resepi camni ek... :D

    ReplyDelete
  16. Ooo kerabu megi kt sini letak ketam kt wana... tp bknlaa perasa tomyam...
    tp nmpk mnyelerakan bile bygkan tomyam tu...
    Aishhh kecur air liur da ni

    ReplyDelete
  17. sedapnyee.. Tapi kalau takde sayur, kite makan. haha

    ReplyDelete
  18. Wana, akak dtg import resepi wana ni. Tetiba rasa nak makan kerabu maggi. Thanks ye...

    ReplyDelete
  19. i ada buat bisnes maggi siam . if yalls nak pm ws 0175242681 , cik effa .

    ReplyDelete