SPAGHETTI CUCUK SOSEJ CARBONARA SIMPLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Setelah lama sepi hari ni aku kembali..mencari ruang yang semakin sempit untuk bersenang lenang menghadap laptop dan update blog seperti sebelum ni..rindu sangat dengan kawan-kawan semua..

Okeylah, hari ni aku mau kongsikan salah satu menu 'favourite' aku..spaghetti!! Spaghetti Cucuk Sosej Carbonara.

Buat sudah agak lama..dah lama hadam pun..malam-malam ni tengok, perut jadi lapar semula..huhuhu..

Pada siapa yang berminat untuk cuba buat resepi mudah,sila semak resepinya di bawah ni..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

SPAGHETTI CUCUK SOSEJ CARBONARA SIMPLE
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
Spaghetti secukupnya
Sosej secukupnya ( aku guna sosej cheese )
1 biji bawang besar - di hiris
2 batang sosej dihiris nipis-nipis
Capsicum merah/hijau/kuning - potong dadu ( jika suka )
Sos prego (Keju & herba ) secukupnya
 Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

CARA:

- Sosej potong 3@6 bahagian. Setiap bahagian dicucuk 6 batang spaghetti. Rebus sampai lembut. ( bubuh sedikit garam dan minyak ).
- Tumis bawang besar hingga wangi. Tambah sosej dan capsicum. Tumis hingga layu.
- Tuangkan sos prego keju & herba. Biar mendidih sekejap. Matikan api.
- Tuang sos atas spaghetti dan sedia dihidangkan.

- Selamat mencuba -

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Aku gunakan spaghetti kimball dan sos prego keju dan herba

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Ada yang 'melting' tak tengok ?? Hee.. ^_^

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Makan tak cukup satu pinggan ni..memang yummehhhh!!!

Okeylah sampai sini saja dulu, insyaallah ada masa yang terluang sedikit aku akan update lagi..dan maaf buat kawan-kawan aku belum ada masa nak komen tapi aku masih juga blogwalking dan jadi 'silent reader' korang..labiu all!!!

Sekian, wasalam.



14 comments:

  1. Sedapnyaa. Nak try buat lah yang macam ni pulak :D

    ReplyDelete
  2. Pepagi tengok ni, terus rasa alapar..

    Good morning kak Wana ~

    ReplyDelete
  3. dh lama tgk org buat spageti ngn sosejk gitu... bile lah nk try bt sndiri... menggoda jgk tuh

    ReplyDelete
  4. Akak kalau bab pasta ni nemang takkan tolak! Favourite nih!

    ReplyDelete
  5. Salam singgah petang dik wawa....wahh....menarik dan sedap ni wawa...akak pun suka pasta ni....

    ReplyDelete
  6. Uishhh melelen air liur kita d buatnya ni wana...nnt lya try la mcm ni

    ReplyDelete
  7. sedapnya.. done folo, folo me back ;) http://acuyuhan.blogspot.my/

    ReplyDelete
  8. Kakk wannnaa. Sedappmya. miss u. Hikss. I'm back.hehehe. nak sikitt

    ReplyDelete
  9. hai Kak Wana.. CT dtg singgah sini.. lama tak datang kan..
    lama diam.. mana Kak Wana menghilang eheh..

    ReplyDelete
  10. wah menarik, kalau cukup bahan mau buat juga ni

    ReplyDelete
  11. baru td mengindam nak mam spaagheti carbonara ni. tetiba terbaca resepi ni. hoho kebetulan ke ni? nyum2 nak try yg cucuk2 ni la :)

    ReplyDelete
  12. heheh sllu da tgk spegeti cucuk dgn sosej ni
    tapi xsmpat2 nak buat
    sllu bile da rebus spegeti baru igt nk cucuk sosej

    ReplyDelete