Entri kali ni adalah kuih tradisional yang di panggil kelupis. Mungkin ada yang sudah tahu apa itu kelupis. Bagi yang baru mendengar nama kuih ini, aku nak cite skit la perihal kelupis nie..
Kelupis adalah sejenis kuih yang di buat daripada beras pulut yg dimasak dgn santan dan sedikit garam utk tambah lemak. ( beras pulut + santan = dadih ). Selepas itu akan dibungkus dgn daun 'ngirik'..skang ni, daun ni susah nak cari..bleh dpt di pasar dgn harga RM1 utk 40pcs. Nasib baik juga daun ni ada di belakang rumah..
Ia adalah makanan tradisional yg tidak asing lagi bagi daerah Sipitang. Biasanya kuih ini di jual di tamu2 dan sering dijadikan sbg kuih utk hidangan semasa acara perkahwinan. Selalunya, kalau time orang kahwin, kaum2 ibu terutamanya akan bergotong-royong dlm. aktiviti ' mengelupis ' nie..hehe, memang best la kan..kuih ini juga sesuai untuk hidangan dlm pelbagai acara. Terdapat 2 jenis kelupis iaitu kelupis inti sambal udang dan kelupis kosong ( tanpa inti ).
Kelupis yg tlh siap di bungkus dgn daun ngirik.( sebelum dikukus )
Ini adalah kelupis yg tlh di dadih dan diletak sambal udang.. ( kelupis inti sambal udang ).
Kelupis yang telah dikukus
Harga adalah RM 0.35 sebiji
Kepada yang berminat, bolehlah tempah ye...
No comments:
Post a Comment