AGAR-AGAR KERING

Assalamualaikum n salam sejahtera semua...

Entri pd kali ni adalah agar-agar kering. Penah nmpk agar-agar kering? Rasanya manis dan sedap. Kalau ingat time dulu2, ketika arwah nenek masih hidup..nenek sangat rajin buat agar2 ni..dan setiap kali hari raya, nenek mesti buat punya la..


Sebenarnya ini adalah agar2 yg telah dijemur di bawah matahari sehingga kering..untuk jdkan teksturnya btl2 kering, haruslah di jemur sehingga agar2 tu kering sepenuhnya dgn slalu di balik2kan agar2 tersebut supaya sama rata keringnya. Apabila sdh kering, agar2 ini tdk lg melekat dan bewarna sedikit keputihan.



Ni adalah 1st day aku jemur..
Sebenarnya buat agar2 kering ni haruslah sedikit sabar sebab proses pengeringan agar2 ni memakan masa. Ia bergantung dgn cuaca sebenarnya. Jika cuaca panas, maka proses pengeringan tdk smpai seminggu. Bagi saya pula, proses ni memakan masa selama 5 hari..erm, ni krn cuaca yg slalu mendung dan hujan so prosesnya agak lama skit. Sekiranya cuaca panas terik, hanya makan masa 3 hari jer agar2 ni kering sepenuhnya..


Perisa agar2 ni bleh dipelbagaikan..yang aku buat ni, merah adalah perisa strawberi dan hijau putih tu perisa pandan..
AGAR-AGAR KERING
Ni agar2 yg telah siap pek
Harga RM2 ( 1 pek kecil )

Berminat dan ingin tempah? sila hubungi email dan telefon kami yg tertera. tq..

No comments:

Post a Comment