WAJID UBI
HARGA RM 0.35 SEBIJI
Selamat malam di ucapkan pada semua..time-time ni masi lagi sibuk mengupdate blog..konon-kononnya terlebih rajin..hehe..padahal, mata suda mulai mengantuk nih..apapun, kita langsung kepada entrinya iaitu tempahan wajid ubi..
Baru-baru ni kami mendapat tempahan dari sorang kawan kakak yang mahukan kuih wajid ubi ni iaitu sebanyak 150 biji.Memandangkan tempahan yang mengejut maka, mama pun kelam kabut la cari ubi kayu dan daun ngirik di tamu sebab ubi kayu yang dekat rumah ni belum cukup besar..nasib baik la ada juga dua bahan penting dalam wajid ubi ni..( ubi kayu & daun ngirik ).Dari tengahari hingga la ke malam mama siapkan tempahan ni sebab tempahan ni akan di ambil pada keesokkan harinya..kesian mama aku..tapi, memang begini la orang bisnes kan..penat tu tolak tepi..tapi, hasil yang di perolehi lepas tu memang membuahkan senyuman...
Ni adalah wajid ubi yang sudah siap di masak tapi belum dibungkus dengan daun ngirik..
Ni adalah sebahagian wajid ubi yang telah siap di bungkus dengan daun ngirik..sedang dalam proses menyiapkan..
Ucapan terima kasih kepada yang telah mengorder wajid ubi ni dengan kami..lain kali boleh order lagi yeh..hehe..
SEKIRANYA ANDA BERMINAT INGIN TAHU MENGENAI PRODUK KUIH MUIH KAMI..SILA EMAIL ATAU TELEFON KAMI UNTUK PERTANYAAN ATAU TEMPAHAN. TERIMA KASIH.
No comments:
Post a Comment