Akhirnya terjebak juga dengan OAT CHOCO!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah syukur..hari ni sudah masuk 2 ramadhan, hari kedua seluruh umat islam berpuasa..rasa seronok berpuasa..terdapat pelbagai ganjaran yang kita dapat dalam bulan yang penuh barokah ni..semoga hari-hari seterusnya boleh dijalani dengan baik serta dapat melakukan pelbagai amal kebaikan..insyallah, amin..

Baiklah, entri aku pada malam ni bukanlah entri resepi atau order..cuma mau kongsikan tentang Oat Choco yang menjadi fenomena sekarang ni..sana-sini bercakap tentang oat choco ni dan banyak juga teman blogger yang tayang pasal ni..aku mula-mula tu macam nda kisah tapi bila tengok ada ja cerita pasal oat choco ni buat aku jadi teruja pula mau merasa..hati ni bagai digaru-garu pula ingin mendapatnya..huhu..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Akhirnya, aku pun terjebak sama membeli oat choco ni..hihi..di sini sangat susah untuk dapatkan benda ni..kalau ada pun harganya sangat mahal hingga mencapai rm18 - rm22..adui, nda sanggup aku beli..mahal betul..sabar ja la..ada sepupu bagitau di Labuan ianya dijual dengan harga yang sangat murah iaitu rm6.50..hum, malas pula mau bejalan jauh-jauh semata-mata untuk dapatkan benda alah ni..hihi, tapi mungkin nasib aku baik..aku jumpa oat choco ni di satu tempat dengan harga rm10.90..ok, boleh la kan..masih murah lagi sebab kepingin betul mau makan ni..haha..^_^


Ternyata memang tidak sia-sia aku dapatkan oat choco ni sebab bukan saja rasanya sedap dan ranggup dimakan..tapi ia juga mempunyai protein dan vitamin..so, bagus la makan snek macam ni kan..

Okey la, sampai sini saja entri aku pada malam ni..sampai jumpa lagi di lain entri..bye, wasalam.

8 comments:

  1. haha.. kite baru juak terjebak..

    ReplyDelete
  2. Memang sedap,Kak Su letak dalam poket semasa bertugas,kalau lapar terus makan.Harga kat sini rata-rata di jual Rm 10,tapi kat pasaraya cuma Rm 8.99 sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah kak su,makan oat choco ni boleh tahan lapar juga kan sebab ianya berserat dan sedap pula tu..

      Delete
  3. mmg sedap oact choco ni...rasa dia tak manis..mmg best jadikan kudapan..
    Sapa2 pun akan terjebak hihii..

    Berbuka ngan apa ari ni wana??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, betul la kak lina..memang sedap buat sapa pun ikut terjebak sama..hari ni wana berbuka mee goreng basah..em, sedapnya..^_^

      Delete
  4. Nda pnh makan kak, tp oat bar nih famous dikalangan kawan2 sy di semenanjung. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. nah, itu la itu misti ko try makan fina..sedap betul ni..nda tipu..

      Delete