KEK FATHER'S DAY UNTUK 'SUPERHERO'KU...

Assalamualaikum w.b.t..

Hai, selamat malam semuanya..baru berpeluang untuk post entri baru dan 'blogwalking' ke blog teman-teman..baru ada ruang sedikit untuk melakukan aktiviti macam ni..maaf la ya sebab nda dapat mau update entri hari-hari kerana aku sangat sibuk membuat biskut sekarang ni..maklumlah, aku sudah start membuka tempahan..jadi, untuk warga Sabah khususnya area kk, beaufort, sipitang boleh la tempah kuih raya dengan kami jika berminat ya..sekarang ni kami ada harga promo untuk kuih raya..

Okey la, malam ni aku mau siarkan entri tentang kek father's day yang aku buat untuk 'superhero' kesayangan kami iaitu my dad..aku buatkan Kek lapis coklat cheese dan menyambutnya dalam suasana yang cukup simple pada hari minggu yang lalu..memandangkan my dad kurang sihat aku memang sengaja nda buat kek berkrim sebab my dad sakit tekak..macamanapun,  syukur alhamdulillah kesihatan my dad semakin membaik sekarang..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
KEK LAPIS COKLAT CHEESE
Kek ni memang sedap..gabungan coklat cheese tu memang mantap..paling best, sejukkan dulu dalam petisejuk baru makan..nyum-nyum..walah!! ^_^..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com


Ini la my dad tersayang..En. Mohamad Ballas Hj. Dullah..seorang bapa yang baik, sangat-sangat penyayang pada keluarga terutama anak dan cucu-cucunya, sangat penyayang pada haiwan terutama kucing, seorang yang sangat bekerja keras, suka bekebun dan tidak tahu duduk diam walaupun sakit..' Pa, kami sangat sayang bapa, semoga bapa sentiasa sihat dan diberikan kesihatan yang baik ', amin..


Macam biasa, dua orang cucu kesayangan atok ni, memang suka menyibuk bab potong-potong kek ni..hihi..putri dan waie memang excited..haha..tengok la aksi dorang tu berposing..cucu yang menceriakan suasana rumah dan peneman mama dan my dad..


Tepi-tepi kek ni aku trim supaya nampak lapisan cheese di tengah tu..

 Selamat hari bapa diucapkan pada seluruh bapa di dunia ni..buat teman-teman yang masih mempunyai bapa, hargai la bapa anda semantara mereka masih ada..sayangilah mereka kerana banyak pengorbanan yang telah dibuat buat anda..

HAPPY FATHER'S DAY

Okey la ya, sampai sini saja dulu entri aku pada hari ni..jumpa lagi di entri yang lain..thanx kerana berkunjung ke sini..dadaaa..-wasalam-

17 comments:

  1. selamat menyibukkan diri kak... :)

    ReplyDelete
  2. Selamat hari bapa! Tentu gembira bapa Bbwana dpt Kek yg mmg ternyata sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..alhamdulillah my dad happy dapat kek walaupun kurang sihat.

      Delete
  3. Untung tu ada anak pndai buat kek...hehe...

    Patut le nmpk cntik tepi2nya...dah kena trim rupanya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur la ada kepandaian sikit buat kek kak..jadi dapat la buatkan kek untuk orang2 yang tersayang..

      heheh, cantik kalau dtrim tepi kek tu kak..baru nampak lapisannya..

      Delete
  4. alhamdulillah sudah makin sihat..barangkali sebab anaknya buat kek sedap tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur alhamdulillah mel..heheh..agaknya betul la tu..^_^

      Delete
  5. Pasti hati ayah gembira diraikan dg anak cucu dan kek yg yummy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak..walaupun kek dan sambutan yang simple yang penting my dad gembira..

      Delete
  6. semoga bapa kamu sihat selalu.
    terliur tgk kek tuh huhuhu

    ReplyDelete
  7. Happy father day
    Kek sedapp dan cantikk

    ReplyDelete
  8. Semoga dad sis sihat selalu
    Salam singgah
    www.irrayyan.com

    ReplyDelete