BISKUT CERELEC

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini aku ingin kongsikan satu resepi biskut..kenapa biskut? kan nda lama lagi perayaan tahun baru cina..hehe..taklah, sebenarnya ni aku buat tempahan biskut customer sempena krismas yang lepas iaitu Biskut Cerelec..

Kalau nak tau, biskut cerelec ni sangat popular di Sabah, setiap kali hari raya, boleh dikatakan hampir setiap rumah hidangkan biskut ni. Kira hidangan 'harus ada' setiap rumah selain biskut ulat bulu dan kuih makmur sabah..kalau nak tau resepinya klik ja link tu ya.. ^_^

Jom jamu mata..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
 Ni salah satu biskut favourite aku..sedap tau..rasa lemak manis susu..

Resepinya sangat mudah dan bahan pun sikit ja pun..kalau ada kawan-kawan yang teringin cuba tu sila semak resepi di bawah ni ya..

RESEPI: BISKUT CERELEC
SUMBER: RESEPIBISKUT.BLOGSPOT.COM
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
 500g tepung ubi kayu
600g-800g tepung gandum ( sehingga boleh dicanai )
1 tin ghee yang kecil
336g gula icing
1 sk soda bikarbonat
nestum cerelec ( perisa susus )/nespray

CARANYA:

1. Ayak tepung kanji, tepung gandum dan soda bikarbonat. Ketepikan.
2. Pukul ghee dan gula halus hingga sebati.
3. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga tepung hingga sebati. Kalau adunan masih tak boleh dicanai dan terap, tambahkan tepung gandum sikit-sikit dan uli hinggalah adunan boleh dicanai.
4. Canai alas plastik, terap dan bakar dengan api sederhana
5. Bila dah masak sira dengan susu Nespray. Biskut ni bila dah masak jadi putih, tak payah bakar sampai kekuningan

-Selamat mencuba-

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Sebelum dibakar

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Selepas bakar

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Okeylah, sampai sini saja entri aku pada hari ni..jumpa lagi..dadaaa..

p/s: aku start pelan-pelan blogwalking 'rumah' kawan-kawan ya..pada yang belum kena terjah tu..tunggu tau..ambik masa sikit sebab sibuk akhir-akhir ni..maafkan aku..

Sekian, wasalam

17 comments:

  1. kalau nani lah nak jumpa kuih kuih macam ni time raya aje lahh kak wana

    ReplyDelete
  2. biscuit ulat bulu? waduh..menarik utk di cuba nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ulat buluuuuu dah naik daun =D

      Delete
  3. Biskut ni punya bentuk mcm kuih tradisional. Apa ntah namanya...tp nampak sedap. Itulah sbbnya menjadi kebiasaan ada pada time perayaan kan wana.

    ReplyDelete
  4. macam nak raya plak bila tengok biskut.. harap tahun nih mood untuk membaking ada laa.. boleh cuba nanti..

    ReplyDelete
  5. Wah, biskut..time raya je Cik Mimie rajin buat..hahaha :)

    ReplyDelete
  6. dapnyee..macam biskut nestum je..huhu,. tggu raya baru dapat..huhu

    ReplyDelete
  7. Pernah dengar biskut ni dari seorang kawan . Tapi ros tak pernah rasa.. Mesti sedap ni

    ReplyDelete
  8. mcm pernah tgk biskut ni..kalau kt kpg sy dpggil biskut susu kalau xsilap..tp mmg sedap...terliur lak bila tgk..hehehehe

    ReplyDelete
  9. Kak Wana ghee tu apa ? first time jumpa ejaan tu hehe.. malas nak google.. nak Kak Wana gak explain =p

    CT suka biskut yg ada tepung ubi..
    tak suka susu tapi kalo kulit popio goreng salut susu tepung tu i loooike..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, malas google eh..haha..no prob adikku..ghee tu adalah minyak sapi.. ;p

      tulah kan..sedap makan biskut yang ada tepung ubi..ct ni pelik ya..popia salut susu makan pula...heheh..tapi serius memang sedap kan..kak wana pun suka makan..

      Delete
    2. Haha baru nak tanya ghee tu apa. Tumpang baca jawapan ye :)

      Delete
  10. lama tak membiskut..dlu rajin la..hahaha.. sejak mood malas datang..dah malas nak membakar..

    ReplyDelete
  11. wah, ni kalau time wedding, ada ke kak Wana? macam sedap je..

    ReplyDelete
  12. Thank you Kak Wana for sharing the recipe...

    Boleh try ni.. hehe

    ReplyDelete