' Booth' Sweet red cherry di Pesta Memancing, Esplanade Sipitang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru-baru ni aku buka 'booth' sweet red cherry sempena Pesta Memancing di Esplanade Sipitang.. Lama tak buka booth sejak bulan puasa..rindu dengan aktiviti macam ni..

Alhamdulillah, sambutan tetap memberangsangkan walaupun aku kurang buat promosi..'last minute' punya keputusan..sebab mula-mula tu mau tak mau nak buka gerai kerana masa tu banyak sangat urusan yang aku kena 'settle'kan..syukur semuanya berjalan dengan lancar..

Jom kita layan gambar..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Anak-anak buahku, putri, waie & ijam
Macam selalu, aku akan bawa pembantu cilik aku bantu aku menjual..latih dorang ni belajar berniaga..^_^

http://dapurjirankuberasap.blogspot.my
Antara yang aku jual adalah aneka apam mini ( apam isabella, apam coklat, apam gula hangus ), cupcakes ( coklat/vanila ) dan kek kontena ( cheese cake leleh, kek coklat moist leleh )

Alhamdulillah, sambutan sangat baik dari pelanggan..

Pertandingan memancing sering diadakan di sini kerana banyak sambutan dari dalam dan luar daerah..hadiahnya pun lumayan..

Antara peserta memancing yang mengambil bahagian..tak hirau walau matahari panas terik..ada yang bawa anak isteri lagi bagi sokongan moral..siap pegangkan payung lagi..ewahhhh!! ;p

Bersusun ikan yang digantung yang berjaya didaratkan mengikut berat..
Antara ikan yang berjaya didaratkan..ada bebarapa kategori..
  • 10 ikan pari yang pertama berjaya didaratkan akan mendapat hadiah
  • Ikan yang terberat
  • Ikan paling ringan
Sangat meriah juga tengok hari tu..seronok tengok gelagat para pemancing yang dapat ikan..hehe..

 Okeylah, sampai sini saja..jumpa di lain entri..bye..

Sekian, wasalam.











14 comments:

  1. bestnye..teringin nk sabah..dgrnya san syurga makanan laut..

    ReplyDelete
  2. dah lama tak pegi klinik lawas kat sipitang tuu., hehe2

    ReplyDelete
  3. Bagusnya bukak booth.. Kena bayaran tak tapak?

    ReplyDelete
  4. Salam singgah sini dik wana...kalau lah dekat ni..teringan akak nak pegi...nak pegi dekat booth sweet red cherry....hihi

    ReplyDelete
  5. bestnya dpt buka booth jualn... lg best ada angin pantai tuh

    ReplyDelete
  6. fuh,meriah tu..

    kecik-kecik ajar niaga,nanti dah besar boleh terbiasa.

    ReplyDelete
  7. woww...besarnye ikan pari tuhhhhhh.....moga makin bertambah rezeki wana :)

    ReplyDelete
  8. Seronok...seronok... :) Mana gambar Kak Wana ni? Tak nampak pun...hehehe :)

    ReplyDelete
  9. Bestnya klau Lya dpt pigi.. Blh juga rasa kek air tgn wana

    ReplyDelete
  10. Bertambah-tambah busy Wana ye :)

    ReplyDelete