JEJAK KAKI BANDAR DIRAJA ARAU, PERLIS ( PART 1 )

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah, pada bulan november yang lalu akhirnya aku menjejakkan kaki ke perlis bersama keluarga bagi menyaksikan Hari Potensi Tadika Kemas 2015 peringkat kebangsaan yang diadakan di sana.

Masing-masing bersemangat untuk bagi sokongan pada anak buahku, Waie wazien kebangaan kami sekeluarga dimana team mereka johan dan terpilih mewakili Sabah bagi acara Sprint Hurdle( lari berganti berhalangan ). Berterima kasih pada waie kerana dia kami jejak kaki di bumi perlis ni..

Seronok dan teruja sangat sebab ini kali pertama aku ke perlis. Kalau KL dah berapa kali aku sampai termasuk Melaka dan Pahang..

Jom layan gambar..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Gembira bila dapat sampai sini dan sangat teruja bila tau arau adalah bandar diraja dimana bandar ini juga terdapat istana cuma dapat snap dari jauh..huhu..sedih..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Beberapa tempat di atas ni hampir setiap hari kami lintasi..

Berada seminggu di Arau..tapi hanya beberapa tempat menarik saja yang sempat kami pergi kerana jadual yang agak padat..


Antara pemandangan sawah padi yang nampak hijau..segar mata memandang..


C Mart antara kompleks beli belah yang sering kami kunjungi semasa di sana kerana lokasinya yang berhampiran dengan tempat penginapan kami. 

My mum & dad, putri & Sis liza
Gambar kenangan di KLIA Airport..dari KKIA kemudian transit di KLIA, selepas tu dari KKIA fly pula ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah. Kemudian menaiki bas ke Arau, Perlis..letih tapi seronok!!!

Kitorang bertiga ni terasing dari grop rombongan ibubapa pelajar dan guru dari team Sprint hurdle Sipitang, Sabah sebab tiket kitorang dibeli last minute..huhu..

Oleh kerana flight kami berbeza dengan grop rombongan dimana dari Kk kami menaiki AirAsia manakala rombongan menaiki MAS..so, kami sampai di KLIA 2 perlu ke KLIA pula kerana flight ke Kedah kami semua menaiki MAS..cemas pada mulanya sebab tak tau cara ke KLIA. 

Last-last kami naik teksi ke KLIA..alhamdulillah sampai dengan selamat dan cepat. Alamak rupanya dekat dan boleh naik train yang tambangnya jauh lebih murah..aduyaiii!! Uncle yang bawa teksi tu sempat bagi tips macamana nak naik train di lain masa..tq banyak uncle..

Zara Homestay adalah tempat penginapan kami selama seminggu..semuanya diurus oleh ketua rombongan iaitu Tuan Kennedy seorang anggota polis yang sedang berkhimat di Sipitang,Sabah dan anaknya juga team Sprint hurdle dan beliau berasal dari Perlis. Syukur semuanya jadi lebih mudah..

Gambaran Zara Homestay..selesa, besar dan murah. 

Ruang sangat luas, ada tv, boleh masak, cuci kain dan aircon..best!!!

Entri selanjutnya akan menyusul kemudian..episod Hari potensi kebangsaan tabika kemas 2015 di UiTM, Arau , jalan-jalan cari makan dan tempat menarik yang sempat kami kunjungi di Perlis. Tunggu!!

Sekian, wasalam.










13 comments:

  1. welcome tu perlis hehehe...
    jangan lupa p padang besaq

    ReplyDelete
  2. Besnya dpt jln2 ke perlis, x semua org dpt mrasainya..free plak tu hihi

    ReplyDelete
  3. Assalam..bestnyer jenjalan..

    selamat bercuti sis.. :)

    ReplyDelete
  4. bestnya... kerana waie dpt sampai ke semenanjung ek, arau perlis...
    ptt lah bln 11 n 12 banyak senyap.... rupanya mcm2 aktiviti

    ReplyDelete
  5. wah wana yang jauh pun dah sampai perlis, kak ana pun tak sampai lagi ni hihi :)

    ReplyDelete
  6. singgah xpadang besar??? hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..harus la singgah..salah satu tmpt yg wana sgt2 nak pegi..alhamdulillah sampai..tggu entrinya..^_*

      Delete
  7. Best jugak kan wan jalan² ke Perlis.Nampak mcm xde apa² tp sebenarnya byk jgk tmpt mnrik.Paling best byk makanan yg sedap² kat Perlis..Paling best Tomyam kelapa..nyum..nyumm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak..byk mknan menarik kat perlis tp sygnya wana x try plak tomyam klapa tu..huhuuu

      Delete
  8. wah, kak Wana ada dekat perlis eh. jauhnya dari shah alam. sobs. x dapat jmpa. lawanya kakak wana kita hehe

    ReplyDelete
  9. wahhhhhhhh dpt jejak kaki ke Perlis besnyaaaaaaa. tazzabar nk tggu entry padang besar hehehe

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah.. selamat sampai KLIA... hehehe

    penat tak perjalanan jauh ni...

    ReplyDelete
  11. waaahhh sbb tu rupenye kakw wana sampai sini ye..
    heheheh syok nye la kan...

    ReplyDelete