JUALAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUANYA..



Pada 16hb september 2012 telah diadakan sambutan hari kemerdekaan bagi Daerah Sipitang...pelbagai acara telah diatur sepanjang hari tersebut..pada sebelah siang ada acara perbarisan, persembahan tarian singa, pertandingan tarik tali dan banyak lagi la. Sebelah malam pulak ada perarakan kereta berhias dan tanglung, pertandingan karaoke dan akhir sekali adalah pertunjukkan bunga api yang memang di tunggu-tunggu oleh setiap pengunjung..dianggarkan pengunjung melebihi 10 ribu org..wow, banyak tu..keadaan jangan cakap la kan..memang sesak giler..

Setiap kali ada acara atau apa2 ja sambutan di Daerah Sipitang ni akan banyak la peniaga-peniaga yang akan berniaga..kmi pun x ketinggalan juga menjual beberapa produk kuih-muih kami..time macam ni rezeki murah sangat..syukur alhamdulillah..

Antara yang aku buat adalah 3 jenis kek dan cupcakes..

KEK COKLAT + TOPPING COKLAT

Kek coklat mudah dgn toping coklat dan di taburi coklat rice..emm, sedapp..hehe..

KEK SPAN NESTUM

Kek span vanila yang di lapisi dgn buttercream, kemudian ditabur dgn nestum..kek ni sangat lembut dan gebu..kalau tguk tekstur kek, ada customer yang menyangka ni adalah cheese cake..tapi hakikatnya bukan..ni adalah kek span nestum..hehe..
















KEK VELVET KUKUS PELANGI
















Kek ni  resepinya sebenarnya sama ja dgn kek lapis kukus velvet hawflakes yang aku slalu buat tu..bezanya adalah kek kukus velvet pelangi ni tiada hawflakes @ asam manis dan istimewanya adalah setiap warna dan lapisan mempunyai rasa yang berlainan..kalo putih-esen vanila,purple-yam paste,hijau-pandan emulco,pink-strawberi emulco dan kuning-esen oren..hehe..kuning lari skit dr yang sepatutnya..yg betulnya kuning-esen lemon..tapi,stok esen lemon aku memang tiada. So, aku bubuh ja esen oren..okey gak kan..haha..apapun, kek ni bukan ja cantik tapi rasanya pun sedap o..



CUPCAKES CHOC.MOIST WITH BUTTERCREAM

Cuppies aku yang bewarna-warni...comel kan..

Alhamdulillah..sambutan terhadap cuppies aku agak menggalakkan..


















JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN ATAU INGIN MENEMPAH PRODUK KUIH-MUIH KAMI, ANDA BOLEH MENGHUBUNGI MENERUSI TELEFON ATAU PUN EMAIL KAMI SEPERTI YANG TERTERA DI ATAS INI. TERIMA KASIH.

No comments:

Post a Comment