LAGI, KATERING..

ASSALAMUALAIKUM N SALAM SEJAHTERA SEMUANYA...


Selamat petang..em, best betul cuaca petang ni..mendung ja..tidak hujan dan tidak juga panas..okey sangat untuk berehat..santai-santai sambil tguk tv kan..tambah lagi kalau sambil-sambil makan cucur pisang atau cucur udang kan..uii, sadapnya tu..hehe..

Okey, entri petang ni adalah mengenai tempahan katering lagi. Syukur alhamdulillah, rezeki murah..tempahan ni dari customer tetap kami, tidak lain dan tidak bukan..PEJ. PELADANG..hehe..kali ni katering untuk 20 orang iaitu pada 18 September 2012 ( Selasa )..

Antara menu yang di request adalah nasi goreng seafood, nasi putih, acar nenas dan timun, sayur nangka masak lemak, ikan masak merah, sambal lada, kek, kelupis, puding, minuman panas dan mineral water.

Harap maaf untuk gambar yang kurang jelas..

IKAN MASAK MERAH


SAYUR NANGKA MASAK LEMAK

ACAR TIMUN & NENAS

SAMBAL LADA
Untuk pengetahuan semua, sebenarnya sambal lada ni adalah sambal lada untuk 'nasi katuk'.nasi katuk ni seperti nasi ayam juga..cuma nasinya adalah nasi putih biasa dihidang bersama ayam goreng dan timun..yang buat nasi ayam ni special adalah sambal lada ni la..rasanya pedas-pedas manis..tapi, memang combination yang terbaik..rasa susah mau berenti makan..hehe..tapi, sambal lada ni sesuai juga dimakan bersama hidangan yang lain selain 'nasi ayam katuk'..

NASI GORENG SEAFOOD


KEK LAPIS KUKUS VELVET HAWFLAKES



KELUPIS INTI SAMBAL UDANG


PUDING STRAWBERI

NESCAFE

TEH


SO, NI ADALAH ANTARA MENU YANG TELAH DIMINTA OLEH PELADANG..




PADA YANG INGINKAN KHIMAT KATERING KAMI ATAU INGIN TEMPAH PRODUK KUIH-MUIH KAMI, SILA HUBUNGI KAMI MENERUSI EMAIL ATAU TELEFON SEPERTI YANG TELAH TERTERA..TERIMA KASIH.




No comments:

Post a Comment