Erm..nampaknya di sini hujan turun sangat lebat..hujan turun seawal pagi tadi lagi..time tu belum bangun tidur..kalau ikutkan mau juga sambung lagi tidur tapi berusaha juga celikkan mata ni bangun tidur dan sarapan..hehe..sampai sekarang hujan belum lagi berhenti..ini menyebabkan ada beberapa kawasan yang menakungi air..em, bahaya tu kalau dibiarkan sebab boleh menyebabkan pembiakan jentik-jentik.Mau cerita sikit baru-baru ni di kampung aku ada sorang yang dijangkiti demam denggi dan ditahan di hospital..tidak tau macamana keadaanya sekarang..harap2 cepat sembuh la..amin..hari tu,habis kawasan sekitar termasuk rumah kami kena 'fogging'..untuk me'nyah' nyamuk..dan beberapa hari yang lalu telah diadakan ceramah mengenai denggi ni dan aktiviti gotong-royong sekampung membersihkan kawasan yang berpotensi untuk nyamuk membiak..oleh tu, kita harus sedar betapa pentingnya kawasan yang bersih apatah lagi tempat tinggal kita sendiri bagi mengelakkan penyakit yang boleh membawa maut ni..
Maafla aku berceloteh panjang sangat..hihi..okey la, pada pagi ni aku mau kongsikan pula kek yang telah aku buat hari tu iaitu Kek Kukus Lapis Pelangi.Sebelum ni pernah juga tayang pasal kek ni..kira ulang tayang la tapi dengan hasil yang berbeza pula dari segi warna..tapi, rasanya tetap sama. Kek ni teksturnya seperti apam pun ya juga..sedap dan hasil kek cantik ja..
KEK KUKUS LAPIS PELANGI, RM 35 ( SEBIJI ) |
Kali ni aku share resepi kek ni di sini. Kalau ada yang mau tau tentang resepi kek ni..jom kita semak..
RESEPI: KEK KUKUS LAPIS PELANGI
OLEH: SWEET RED CHERRY
BAHAN:
5 biji telur
1 sk ovallete
1/2 sk esen vanila
300g tepung gandum
300g gula kastor ( aku kurangkan kepada 270g, sebab manis )
250ml santan/susu segar ( aku gunakan susu segar )
1 sk baking powder
secubit garam
3 jenis pewarna yang disukai
CARA MEMBUATNYA:
- Pukul telur dan ovallete sehingga kembang. Masukkan gula sikit2 Putar lagi.
- Masukkan esen vanila. Masukkan tepung gandum selang seli santan/susu segar. Putar sebati.
- Bahagi kepada 3 bahagian dan warnakan.
- Tuang lapisan pertama di loyang yang telah digris dengan minyak dan kukus selama 10min dengan api yang sederhana. Tuang lapisan kedua dan ketiga dan ulangi hingga habis.
- Lapisan terakhir kukus selama 25-30 min. Lapis penutup kukusan dengan kain bagi mengelakkan air menitis atas kek.
Kalau ada yang ingin mengorder tu, sila la order dengan kami ya..kami juga membuat pelbagai jenis kuih moden dan tradisional selain kek, cupcake dan sebagainya. Maklumat lanjut hubungi la kami menerusi talian telefon atau email yang tertera di atas ini. Tq.
No comments:
Post a Comment