Kuih-muih yang diorder

Assalamualaikum n salam sejahtera..

Hai, selamat bercuti hujung minggu diucapkan buat semuanya..sepanjang musim kempen untuk pilihanraya ni semua org sibuk..ada yang sibuk kempen parti pilihan..ada yang tampal poster, banner dan bendera...termasuk kami juga sibuk membuat kuih-muih yang ditempah untuk staf2 yang bekerja di markas untuk parti tertentu..alhamdulillah rezeki kerana sepanjang tempoh berkempen ni tempahan untuk kuih-muih sangat tinggi..syukur yang amat kerana rezeki ni..

So, untuk hari ni aku mau siarkan gambar kuih-muih yang telah diorder untuk beberapa hari ini..antaranya adalah apam gula hangus, buah melaka, puteri mandi, kelupis, apam isabella, sari ayu, kek dan popia..jom kita layan gambar..

KELUPIS INTI SAMBAL UDANG

KEK MENTEGA BELANG

APAM ISABELLA

SARI AYU

APAM GULA HANGUS

BUAH MELAKA@ ONDE-ONDE

PUTERI MANDI

POPIA INTI KENTANG

So, ni la dia antara kuih yang telah di tempah untuk beberapa hari yang lepas..untuk order yang seterusnya pula, nanti aku siarkan mengenai entrinya pula ya..

Jika anda juga berminat untuk menempah kuih-muih yang kami iklankan di blog ini, anda boleh la email kami atau terus telefon atau sms kepada no talian kami yang tertera ini ya..siti.salwana@yahoo.com atau 012-8244251 ( bbwana )..tq.

No comments:

Post a Comment