Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya..
Selamat petang dan selamat beristirehat untuk yang tengah-tengah berehat tu dan selamat bekerja kepada yang sedang bekerja..di sini baru ja lepas hujan..syukur la turun juga sikit suhu yang tengah panas sekarang ni kan..terasa la sejuk walaupun sikit..
Baiklah, untuk hari ni aku menyiarkan entri kek iaitu Kek Kukus Marble..hehe, kebelakangan ni kalau ada yang perasan, aku memang selalu publish entri kek marble kan..nda tau la napa..mood tengah rajin 'memarble' ni..so, kali ni buat dalam versi kukus la pulak..hasil keknya nampak cantik..(kesian kan puji diri sendiri, ahaks..), tekstur kek lambut dan semestinya sedap..laju ja makan kek ni..
KEK KUKUS MARBLE, HARGA RM 28 ( SEBIJI ) |
Untuk yang ingin tahu resepi kek ni, mari kita lihat resepinya di bawah ini..
RESEPI: KEK KUKUS MARBLE
OLEH: SWEET RED CHERRY
BAHAN:
4 biji telur
140g gula halus
1/2 sb ovallate
50g minyak masak
140g tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk choc.emulco
CARA MEMBUATNYA:
- Pukul telur, gula halus dan ovallate sehingga kembang.
- Masukkan tepung dan gaul. Masuk minyak. Gaul sebati.
- Bahagi kepada 2 bahagian. 1 bahagian, coklat emulco. 1 bahagian biar kosong.
- Tuang adunan dalam loyang secara berselang-seli.
- Kukus selama 20 min - hingga masak.
- Selamat Mencuba -
Senang ja kan cara buat kek ni..bahan2 pun mudah didapati..kebanyakkannya adalah bahan asas yang selalu digunakan atau mudah didapati di dapur..( bagi aku la..hihi )..
Berminat untuk dapatkan produk kami? senang saja, hanya email atau terus hubungi telefon kami untuk info yang lebih lanjut. Harga adalah berpatutan..tq..
No comments:
Post a Comment