SNOW CHEESE CAKE For My Niece..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya..

Alhamdulillah kita bersua lagi pada hari isnin ni..hari ni aku kurang sihat sikit tapi aku kuatkan juga semangat untuk siarkan entri baru buat tatapan teman-teman semua dan juga pengunjung SRC..hari ni aku siarkan entri mengenai kek birthday yang aku buat khas untuk anak buah sulung dalam keluarga kami ( anak abang ) iaitu Rabiatul Nadzirah Ridzuan atau lebih mesra dengan panggilan Mimie sempena ulangtahunnya yang ke-18 pada 17hb Jun yang lalu..memang sudah lama berhasrat mau buatkan dia kek ni sebab dia teringin sekali mau merasa kek cheese salji yang sememangnya sedap dan famous ni dan juga merupakan kek favourite kami sekeluarga..so, aku buat dan berikan pun sudah lambat kerana pada 17hb Jun tu adalah hari Mimie mendaftar di Politeknik Kota Kinabalu..so, kebetulan pula pada hari jumaatnya tu dia balik kampung barulah aku berikan kek ni padanya..

So, pada Mimie..aunty ucapkan "Happy Birthday to you, sweet 18th"..semoga diberikan kesihatan yang baik, jadilah anak yang baik dan rajin, hormat orang tua, sentiasa sukses dalam apa jua bidang yang diceburi terutama dalam pelajaran dan berjaya capai cita-cita yang diimpikan..amin..dan tahniah juga kerana dapat sambung belajar di Politeknik KK..(hari ni adalah hari pertama Mimie kuliah )..

Okey..jom kita tengok gambar pulak..

SNOW CHEESE CAKE, HARGA RM 60 ( 1KG ), RM 30 ( 1/2 KG )




Kalau ada yang teringin menempah snow cheese cake ni, sila la email atau hubungi terus kami di talian yang tertera ini..012-8244251.tq..

Okey, sampai sini ja la dulu ya..mau rehatkan badan yang kurang sihat ni dulu..jumpa lagi di entri yang akan datang pula ya..bye..

4 comments:

  1. Salam Bbwana,
    Mesti anak saudara bbwana seronok sangat dapat kek ni kan...untung betul dapat kek yang sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai,salam umi..

      tq datang sini..memang anak saudara rasa hepi bla dapat kek yg sedap ni..heheh..

      Delete
  2. wahhh...sweet 18 , mimi :) untung ada aunty yg pndai bake & deco cake..nmpak pun dah tau sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx byk2 k.immiey..alhamdulillah sbb pndai bake n deko sikit2..masih blajar lagi tingkatkan kemahiran..

      Delete