KEK PANDAN COKLAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai, bersiaran pada petang ahad ni..pastinya sekarang ni ramai ibu bapa yang mula sibuk menguruskan anak-anak..ada yang balik ke asrama dan ada pula yang sibuk menyediakan peralatan persekolahan..kerana esok adalah hari pertama persekolahan setelah dua minggu bercuti..em, sudah tentunya rutin harian kembali seperti biasa iaitu menghantar anak ke sekolah dan pastinya jalanraya kembali sesak seperti selalu..

Baiklah, pada petang ni aku ingin menyiarkan satu entri iaitu Kek Pandan Coklat..resepi kek ni adalah dari majalah Kek & Biskut yang aku baru beli dalam minggu lepas..banyak juga resepi menarik yang lain yang aku mau cuba..so, memang teruja la buat kek dari majalah tu..hasilnya 'not bad' juga..sedap la dengan padanan rasa coklat dan pandan tu..bagi aku kek ni tidak terlalu banyak menggunakan bahan macam kek lapis Sarawak yang kita tahu..cumanya ada rasa pahit sedikit di lapisan yang paling bawah sebab aku masak terlebih masa..hihi..kelalaian aku sendiri..lain kali mesti ambil perhatian pasal masa..so, untuk anda yang baru mau berjinak-jinak dalam membuat kek lapis ni sebaiknya cubalah dulu buat kek yang agak simple ni..


Resepi asal kek ni dari Puan Dayang ( Dayang kek sarawak homemade ). Thanx pada Pn. Dayang atas perkongsian resepinya..so, mari kita semak resepinya pula..

RESEPI: KEK PANDAN COKLAT
SUMBER: PN. DAYANG
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
10 biji telur
250 g mentega
100 g gula
30 g ovellete
160 g tepung gandum
325 g susu pekat manis
Perisa:
Pandan
Coklat

CARA MEMBUATNYA:
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masuk telur satu persatu
  3. Masukkan ovellete dan susu dalam adunan dan kacau hingga rata.
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau sehingga rata. Bahagi adunan kepada dua bahagian iaitu perisa pandan dan coklat.
CARA MEMBAKAR:
  1. Ambil adunan warna hijau dan masukkan ke acuan dan bakar selama 10-15 minit.
  2. Keluarkan kek dan tekan kek agar mampat, kemudian masukkan pula adunan kedua iaitu coklat dan bakar selama 10-15 minit.
  3. Lakukan lapisan demi lapisan sehingga adunan habis. Adunan kek akhir haruslah dibakar dalam masa 15-20 minit agar kek benar-benar masak.
  4. Bakar dalam suhu 175 degree.
* Aku hanya buat 1/2 adunan dari resepi..maklumlah trial kan..hihi..

-Selamat Mencuba-


Okey la semua..aku mau undur diri dulu..mau packing kuih untuk jualan esok di tamu..jumpa lagi dan babai..

10 comments:

  1. assalam
    rajinnya, melapis
    hijau coklat kaler yg menarik
    pastinya sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kak..

      makasih banyak ya kak rajin datang rumah..sayang akak..hihi..tetiba mood rajin melapis ari tu..rasanya sedap pandan dan coklat.

      Delete
  2. Aslmkum BBwana
    kombinasi pandan dan coklat pasti sedap....bilalah mamasya rajin nak buat kek lapis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam mamasya..

      melapis ni perlu masa yang panjang dan mood yang rajin juga..kalau ada masa, melapis la ya..hihi..

      Delete
  3. rajin bb mencuba resepi dari majalah..
    akak dah lama tak belek2 majalah.. apalagi nak mencubanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kak madihaa..

      hehe..bukan apa kak..bb ni 'terlabih sudah' rajin..tu la try kek dr majalah tu..hihi..

      Delete
  4. nampak mcm sangat sedap..k'imi ni kureng sikit kalau pandan..tapi rasanya kalu combine ngan coklat.rasanya akan berbezakan?:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai..

      kek ni memang sedap dengan padanan pandan n coklat..memang serasi..harus try..

      Delete
  5. Assallamualaikum bb.
    Ya Allah....rajinnya melapisssss...adehhh..yg tukang tengok hasil ni pula yg rasa sakit pinggang..heheheee... Tapi apa2 yg ada pandan mmg harum je kan. Tambah lak ada gabungan rasa coklat tu..pergh..makan berkeping2 pun tak perasan..hihihiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam w.b.t kak..

      tq ziarah sini..hehe, tiba2 kelebihan rajin pula melapis kek ni..hikhik..apapun, memang sedap.

      Delete