ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM..
Hai, bersua kembali pada malam ni..ada semangat sikit untuk mengupdate blog walaupun masih lagi kurang sihat..sebelum aku tidur aku mau kongsikan satu lagi entri untuk malam ni dengan kawan-kawan dan pengunjung semuanya iaitu Agar-agar kering berperisa..sebelum ni aku pernah siar dan kongsikan entri agar-agar kering tapi time tu hanya terdapat satu perisa saja..dan kali ni aku buat agar-agar kering pelbagai perisa seperti oren, mangga, laici, pandan, strawberi dan keladi..so, banyak flavour la..
Masa buat agar-agar kering ni tidak sampai seminggu sudah kering..kalau tidak silap aku dalam 5 hari la agar-agar ni kering..apa tidak kering cepat, cuaca pada masa tu panas sangat-sangat dan hujan pun jarang turun..so, cepat la kering..cuma kalau ada potongan agar-agar yang sedikit tebal tu lambat la kering..
AGAR-AGAR KERING BERPERISA |
Ni rupa agar-agar sebelum dijemur..
Ni pula selepas 3 hari dijemur..
Ni agar-agar yang telah kering sepenuhnya..
Di bawah ni aku sharekan resepinya..sila la semak ya..
RESEPI: AGAR-AGAR KERING BERPERISA
OLEH: SWEET RED CHERRY
BAHAN:
50 g agar-agar tali
400 g gula pasir
1 cwn gula batu
8 gelas air
Emulco dan pewarna pilihan
CARA MEMBUATNYA:
- Rendam agar-agar terlebih dahulu untuk melembutkannya.
- Rebus agar-agar dalam periuk yang berisi air hingga mendidih dan hancur.
- Masukkan gula pasir dan gula batu. Biar mendidih dan gula hancur.
- Tuang adunan dalam loyang dan bubuh emulco dan pewarna yang disukai.
- Setelah sejuk, potong ikut saiz yang diingini. Jemur hingga kering.
- Selalu dibalik-balikkan supaya kering sekata.
- Jemur hingga tidak melekat selama 1 minggu atau hingga kering.
-Selamat Mencuba-
AGAR-AGAR KERING BERPERISA, RM 2 ( 100GM ) |
Agar-agar kering yang telah siap dipek dan ready untuk dijual..
Okey la ya..mau tidur sudah ni..ngantuk suda..jumpa lagi nanti semuanya..sekiranya ada yang berminat untuk menempah, sila email or call ja ke talian kami yang tertera tu ya. Tq. -wasalam-
~ suka sgt agar2 kering tp tak pnh cuba bt sendiri.. slalu beli je ^__^
ReplyDeletehai, salam..tq ziarah sini..
Deletebest juga kalau buat sendiri agar-agar kering ni tapi proses pengeringan makan masa yang lama juga..bergantung pada cuaca..
teringat dulu2 mak akak selalu juga buat agar2 kering ni.. teringin juga akak nak buat tp sayangnya rumah akak takde tempat sesuai utk menjemur.. maklumla tinggal di rumah apartment..
ReplyDeletehai kak madihaa..
Deleteoh, yakah? yalah kan susah juga kalau tiada tempat menjemur..rumah apartment ni ruang pun agak terhad kan..
wah lama dh QH nk try buat agar2 kering..resepinya dh lama simpan..trigt dlu2 masa kecik klau braya di kg mesti ade kuih ni
ReplyDeletebetul tu QH..dulu2 senang ja jumpa agar-agar kering ni..sekarang ni susah skit mau jumpa..try la buat..
DeleteAssalam..agar2 kering ni cukup pemes time raya.Budak2 pakat berebut sebab cantik kaler maler..
ReplyDeleteSelalu main beli jer, tiada daya dan upaya nk membuatnya haha..kemalasan mengatasi segalanya
Walaikumsalam kak lina..
Deletehaha..betul tu kak, budak2 memang berebut makan agar-agar kering kerana kalernya yang berwarna-warni..agar2 ni perlu banyak masa dan rajin jenguk kalau buat..risau hujan dan semut..