KEK LABU MANIS

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Selamat malam kawan-kawan dan pengunjung blog Sweet red cherry yang tersayang..terima kasih atas kunjungan kalian ke sini..pada malam ni aku mau kongsikan tentang entri kek pula yang aku buat pada minggu lepas iaitu Kek labu manis..dapat idea mau buat kek ni gara-gara dapat potongan labu yang diberikan oleh angah ( adik mama ) kepada mama. Ceritanya Angah beli sebiji labu, oleh kerana memang nda dapat habiskan sebiji labu tu maka dia potong kepada beberapa bahagian dan diberikan kepada adik-beradik yang lain termasuk la mama..so, masing-masing berpakat untuk buat kuih/masakan yang dihasilkan dari labu..ada yang jadikan sayur dan bubur. Mula-mula ada cadangan mau buat bingka labu tapi aku pikir-pikir mau buat kek la sebab aku belum pernah lagi buat kek dari labu..

Lepas google di internet, maka aku jumpa resepi kek ni..nampak menarik sangat..jumpa resepi di blog CMG..heheh, tanpa disengajakan kebelakangan ni aku banyak cuba resepi dari blog beliau..apapun, semua resepi yang dikongsikan beliau memang best dan menjadi..thanx banyak CMG..kek ni memang sedap dan moist..ada rasa lemak-lemak manis..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
KEK LABU MANIS
 Di sini aku mau kongsi sedikit info mengenai buah labu ni. Untuk pengetahuan anda semua, buah labu adalah antara buah yang disukai oleh Nabi Muhammad SAW..Antara khasiat buah labu adalah:
  • Sumber vitamin A
  • Menjadikan kulit halus berseri
  • Bertindak sebagai antioksida
  • Mengurangkan masalah rabun malam
  • Memperbaiki masalah paru-paru
Okey la, untuk yang mau tahu resepi. Jom semak resepi di bawah ni..

RESEPI: KEK LABU MANIS
SUMBER: DAPUR TANPA SEMPADAN @ CMG
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
3 biji telur gred A
1 cwn minyak jagung ( mau lebih sedap guna butter cair)
1 1/2 cwn gula halus
1 sk esen vanila
1/4 sk garam
450 g labu, kupas kulit, kukus hingga lembut dan lecek halus
2 1/2 cwn tepung gandum
1 sk bikarbonat soda
1/2 sk baking powder
1 1/2 sk susu tepung

CARANYA:
- Lenser loyang dengan mentega. Panaskan oven suhu 160 c - 175 c.
- Dalam satu bekas, satukan telur, gula halus, garam dan minyak, labu manis lecek dan esen vanila. Kacau rata dan sebati menggunakan whisk.
- Masuk tepung yang telah diayak sikit-sikit dalam bekas telur dan kacau hingga sebati.
- Tuang dalam loyang.
- Bakar selama 50 minit - 1 jam.

-Selamat mencuba-


http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
 Boleh rujuk gambar ya cara-caranya..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
Lepas masak..hari tu juga bawa kek ni makan ramai-ramai dengan makcik dan sepupu yang lain masa berkumpul di rumah wawa ajah ( makcik )..sambil makan bubur labu..heheh, memang best!

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Nampak menawan kan kaler kek labu tu..kaler yang original..suka tengok..^_^..

Okey la teman-teman semua, aku mau undur diri dulu..sampai bertemu lagi di lain entri pula ya..thanx banyak kerana singgah sini dan baca entri..babaiiii..
-wasalam-

4 comments:

  1. mel suka sangat labu..kalau buat kek memang sedapp

    ReplyDelete
  2. mesti sedap kan kek labu.. akak pernah mkn kek yg adik buat tak lama dulu.. tp akak belum pernah buat sendiri kek drpd labu... harus cuba juga satu hari nnt...

    ReplyDelete
  3. tq kak madihaa singgah sini..kek ni memang sedap..lain kali boleh la try buat sendiri pula kak..

    ReplyDelete