Entri khas: Apa itu kelupis

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat malam semua..

Okeylah, entri hari ni adalah berkenaan dengan kelupis..sebab banyak teman-teman yang tanya apa benda kelupis tu? Dibuat dari apa? Bungkus pakai daun apa ?jadi, aku buat entri ni khas mengenai kelupis menjawap pertanyaan tu serta kongsi maklumat dengan kalian semua..

Sebelum ni aku pernah kongsi tentang kelupis ni tapi hari ni mau cerita lagi serba sedikit mengenainya..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
KELUPIS
Gambar di atas adalah kelupis yang telah siap dibungkus ( belum kukus )

Kelupis merupakan makanan tradisi di Sabah khususnya Daerah Sipitang bagi suku kaum brunei. Biasanya selalu dihidangkan pada setiap majlis atau perayaan hari raya..senang juga didapati di tamu-tamu dengan harga yang cukup murah..


Gambar di atas ni adalah kelupis yang telah masak ( sudah kukus )

Kelupis diperbuat dari beras pulut yang telah didadih dengan santan yang dimasak separuh masak. Kemudian dibungkus dengan daun khas yang kami panggil ' daun ngirik '. Selepas dibungkus, kelupis akan dikukus selama 45-1 jam ataupun sehingga masak. Mesti banyak yang belum tau macamana rupa daun ngirik tu kan..daunnya lebih kurang macam daun pisang tapi daun ngirik ni saiznya lebih kecil. Daun ni selain sesuai membungkus kelupis, ia juga sesuai untuk membungkus wajid..


Macam ni la rupa daun ngirik. Yang ni ditanam belakang rumah. So, senang la kalau perlu daun untuk membungkus kelupis..hehe..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Terdapat 2 jenis kelupis iaitu Kelupis kosong ( tanpa inti ) dan Kelupis inti sambal udang. Kelupis kosong selalunya sedap dimakan bersama kari ayam, rendang atau kuah kacang. Selain tu, sedap juga dimakan dengan ikan masin..em, nyum-nyum..sedap tau. Bagi yang belum pernah rasa harus cuba makan ni. Kelupis inti udang pula rasanya lebih kurang macam pulut panggang cuma bezanya ianya tidak dipanggang, hanya dikukus. Rasanya sedap dan dan punya penggemar tersendiri.


Bagi aku, aku suka makan kedua-duanya. Tapi kalau makan kelupis kosong lebih banyak variasi cicahannya..aku suka makan dengan kari ayam dan ikan masin..memang abis la sampai berapa biji aku telan..haha..

Okeylah, sampai sini saja perkongsian aku pada hari ni. Semoga dapat menambah pengetahuan dan memberi manfaat pada teman-teman semua.

Jika ada yang berminat untuk menempah atau pertanyaan, terus hubungi talian 012-8244251 ( bbwana ), call/sms/whatsApp. Tq



22 comments:

  1. first time dgr.. tp mesti sedap kan? saya suka yg ada inti tuh, sbb macam pulut panggang(kegemaran). hehe.. adui kak, buat org lapar pulak :p

    ReplyDelete
  2. tetiba rasa lapar tengok kelupis tuh. yang ada inti sambal udang tuh menggoda betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..memang menggoda tu..menggocang perut..hihi

      Delete
  3. sama jugak dgn di brunei ni BB kelupis mmg tak pernah miss bila ada majlis, akak je jarang buat sbb selalu makan yg orang punya je hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, senang la kak noor kan..x pyah susah2 buat, makan ja orang buat..heheh..

      Delete
  4. kelupis? first time dengar :)
    macam sodapp pulakk.. tiba2 lapar pulak ni -,-

    Giveaway Harry Potter Postcards from Germany!!

    ReplyDelete
  5. Mcm penah tgk je daun tu...msti sedap ni kan...bole pos ke semanajung ke bbwana? Mcm teringin nk rasa jer...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, alala ciannya..jauh sangat la nak pos..takut basi pula bila dah sampai..huhu, kalau datang sabah bagitau wana ya, sya bagi rasa free..^_^

      Delete
  6. rupa luaran macam tepung bungkus dari kedah..;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, iya tapi isi dalam x sama dan rasa pun beza..^_^

      Delete
  7. Kak Su dah try makan kelupis yang di buat oleh seorang kawan dari Sabah .best juga ,macam ketupat kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, sedap makan kan kak su..makan dengan rendang or kari ayam..kuah kacang pun boleh..hihi

      Delete
  8. Replies
    1. kalau datang sabah bagitau wana, sya bagi awak rasa..^_^

      Delete
  9. ape rasanya kelupis ni..
    nampak unik la

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap tau rasanya..kalau nak tau kena try makan..hihi..

      Delete
  10. Tak penah dgr nama kelupis sebelum ni..Nak try rasa boleh x?heee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni makan tradisi suku kaum brunei di sabah..kalau nak rasa boleh ja, jom datang beraya ke rumah wana..hikhik..

      Delete
  11. kelupis ni makanan tradisional sabah/s'wak kot..ada kawan kak lina di Mukah pandai buat kelupis ni...sungguh unik sbb balut dgn daun tu..(daun tu kak lina pggl Bird of paradise)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh, cantik nama panggilan daun tu kak..bukan main lagi cantik bunyinya dalam bahasa inggeris..^_^

      Delete