Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Jom lah datang beramai-ramai ke festival antarabangsa GATA Sipitang 2014 yang akan bermula acara rasminya pada hari jumaat iaitu esok hingga hari ahad ( 29-31 ogos)..pelbagai acara yang menarik sepanjang berlangsungnya festival GATA ( Gasing & Tamu besar ) ni seperti pertandingan tarik tali yang akan menyaksikan perlawanan antara pasukan yang hebat termasuklah dari negara Brunei Darussalam. Selain tu ada pameran kuih tradisi, persembahan gasing, permainan kikik ( layang-layang) dan banyak lagi tau yang menarik.
Akan ada artis undangan yang akan membuat persembahan pada hari sabtu dan ahad seperti ramli sarip, hazama dan aizat..
Jangan lupa untuk datang dan serbu booth kami sepanjang festival ni berlangsung..kami menjual pelbagai jenis kek dan cupcakes dengan harga yang menarik dan mampu beli seperti Cheese cake leleh ( vanila/coklat), Red velvet cake , Kek coklat moist, Graham Cheese, Layer cheese dan cupcakes coklat, vanila, strawberi dan banana. Selain tu kami juga menjual aneka kerepek ubi (12 jenis), cornflakes madu dan budu cempedak..^_^
Untuk kesekian kalinya, Sweet red cherry berkolaborasi lagi dengan House of choco bites yang menjual aneka homemade coklat yang sedap dan comel!!
Aku turut mempromosikan booth D' Tisya Collection yang menjual aneka barangan kartun Frozen..semua cantik-cantik!!!
Pada warga Sabah khususmya yang tinggal berdekatan dengan daerah Sipitang tu dijemput hadir bagi menyaksikan dan memeriahkan lagi festival yang hanya diadakan setiap 2 tahun sekali ni..
Okeylah ya, sampai sini dulu entri aku..insyaallah aku akan kongsikan mengenai festival ni pada masa akan datang. Wasalam.
wahhh!
ReplyDeletebestnya wana.
klu dekat confirm sy dah g sana. :)
bestnya..klu dekat bleh gak yana g serbu..kek cis leleh..sedappnyaaa ^__^
ReplyDeleteHujung benua la :(
ReplyDeletejauh nun hah nk gi
ReplyDelete