JOM KENALI BUAH SURAPIT

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai, semua..

Hari ni aku bukan mau siar entri tempahan atau resepi tapi aku mau kongsikan sedikit info tentang buah yang jarang kita temui iaitu Buah Surapit..buah ni bewarna oren dan isinya juga bewarna oren, rasanya masam-masam manis..saiz buah ni pun agak besar, cara kopek pula lebih kurang macam kita kopek buah manggis..kalau mau tau buah ni sangat bergetah dan kalau isi buah terkena getah, rasanya kurang sedap..

Buah surapit ni berasal dari Borneo dan buah ni sangat jarang ditemui dan tidak ada dijual di tamu dan aku kurang pasti apa nama saintifik buah ni..huhu..buah ni banyak di kebun dan kebetulan masak, my dad bawa balik rumah..memang jarang juga berbuah..tahun ni ada rezeki dapat makan buah ni, alhamdulillah..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Ada sapa-sapa yang tau dan kenal dengan buah ni? Kalau ada info tentang buah ni, jom la kongsi..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Begini la isi buah surapit..kulitnya tebal tapi senang dikopek cuma perlu hati-hati dengan getah buah ni..


Sedikit info lagi, tumbuhan ni adalah tumbuhan yang menjalar dan hanya menumpang pokok lain. Bentuknya macam akar kayu yang menjalar, dan kalau di kebun..tumbuhan ni menumpang di pokok durian, habis rimbun pohon durian kami dengan tumbuhan ni..huhu..aku tiada gambar tumbuhan ni sebab lama nda pergi kebun sebab kebun jauh juga dengan rumah..

Okeylah, sampai sini saja entri aku pada malam ni..terima kasih kerana bertandang ke blog SRC..

-wasalam-

16 comments:

  1. Dengar nama buah surapit tu mmg xkenal...mai terjah kot2 panggil nama lain..Bila tgk gambar dan isi dalaman tu mmg sah xkenal buah n tak pernah tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya kat semenanjung macam tiada buah ni kak..hihi..

      Delete
  2. Pernah tengok orang jual kat tamu sini. Sedapkah? Kalau sedap boleh cuba2 beli

    ReplyDelete
  3. Rasanya macam pernah makan buah ni. Tapi nama buah jer lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..mungkin lain tempat lain nama panggilannya kan..

      Delete
  4. hi kak,ini baru first time saya dpt tahu nih buah. mmg nda pnh tgk. nice sharing kak^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai fina..tq singgah sini ya..bagus juga share info kan..hehe

      Delete
  5. baru nie first time anis dengar dan tgk buah nie...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. unik buah ni sebab dari tumbuhan yang mejalar macam akar kayu..rasanya pun sedap juga.

      Delete
  6. salam singgah bb..kebetulan dapat menyinggah huu.. x pernah tengok la buah ni.. banyaknya buah sampai x kenal.. tengok isi macam buah oren ..

    ReplyDelete
  7. Xpernah jumpa buah ni bb..apatah lagi nk memakannya

    ReplyDelete
  8. Diana macam pernah nampak jgk buah ni,tapi belum pena makan lagi..hehe.

    ReplyDelete
  9. Barangkali dari nama buah inilah Kampung Surapit mendapat nama

    ReplyDelete