WAIE & HARI POTENSI TABIKA KEMAS PERINGKAT ZON 3 , 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru-baru ni aku , putri dan mama berpeluang menyaksikan Waie terpilih mewakili tabikanya untuk mengikuti Hari potensi kanak-kanak Tabika KEMAS di daerah Beaufort.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
HARI POTENSI TABIKA KEMAS 2015 ZON 3(PAPAR, KIMANIS, BEAUFORT, SIPITANG)
Waie terpilih mewakili Tabika Kemas Sipitang untuk acara olahraga 'Sprint Hurdle'..tak paham? Ok, aku pun mula-mula tak paham rupanya acara lumba lari berpagar..haha..

sebenarnya aku tak percaya waie boleh terpilih sebab perangainya yang agak nakal dan sangat 'hyper active'..tapi tulah jangan pikir nakal tak bijak..menurut cikgu waie, dia sangat cerdas dan cergas bila belajar..alhamdulillah...org kata biar nakal tapi pandai..;D

Waie dan medal yang dimenanginya..

Apa yang paling membanggakan adalah bila waie dan kumpulannya berjaya menjadi johan untuk acara 'sprint hurde' tu..mereka berjaya menewaskan 3 buah sekolah..dan mereka akan mara ke peringkat yang seterusnya dan tarikh akan diberitahu kelak..

Simbolik perasmian, Datuk Hjh. Azizah melontar bola keranjang ke jaring
Majlis dirasmikan oleh Datuk Hjh. Azizah Binti DSP Hj. Mohd. Dun ( Menteri pembangunan wanita. keluarga dan masyarakat merangkap ahli parlimen P.177 Beaufort )

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Posing dulu sebelum bertanding..eh, ucu Bb pun tak ketinggalan posing..heheheh

Ini trek untuk Sprint hurdle@ acara lumba lari berpagar
Keadaan padang yang basah dan lecak akibat hujan buat banyak anak-anak kecil tergelincir dan jatuh kerana licin..

Sprinter kecil..comel-comel kan..
Masa ni ambik posisi masing-masing dan tunggu wisel ditiup..

Ada kisah lucu masa waie memulakan larian, tiba-tiba sebelah kasutnya terbang..nasib dia tak panik dan terus berlari dengan lajunya menamatkan larian..heheh..sebelah berkasut dan sebelah berstokin..:D

Tak sia-sia berlecak berpanas ikutpertandingan ni sebab berjaya  menjadi wakil zon 3..tahniah waie & the gang..

Okeylah sampai sini saja..jumpa lagi..

p/s: aku masih hutang hadiah dengan waie, sebab janji nak bagi dia hadiah..sabar ya waie, nanti ucu bb tunaikan..^_^

Sekian, wasalam.

















5 comments:

  1. wahh, tahniah waie.. cute je waie..")

    ReplyDelete
  2. amboi tadika pun da cenggini majunya.. time kite dulu nyanyi ABC je hari2..

    ReplyDelete
  3. Seronok tgk budak2 bersukan kan? hehehe..rindunye dgn trek dekat skolah...dulu tiap2 tahun wakil rumah sukan..haha.. :)

    ReplyDelete