KEK LAPIS KUKUS COKLAT CREAM CHEESE

Assalamuaalaikum dan salam sejahtera..

Hello semuanya..

Salam manis dan salam ceria diucapkan buat semua teman-teman dan pengunjung blog SRC tersayang..Alhamdulillah kita bersua lagi pada hari ini..sebenarnya aku baru ja siap buat kek untuk Waie bawa ke sekolah esok sempena sambutan MERDEKA RAYA..tapi aku buat mau tayang kek yang aku buat untuk waie tu..tu tayangannya kemudian ja..harus tunggu turn..

Kali ni aku mau siarkan entri kek yang aku buat untuk jamuan buat tetamu yang datang bertandang ke rumah masa raya lalu..aku buat Kek Lapis Kukus Coklat Cream Cheese..memang tidak pernah buat kek ni sebelum ni..so, aku piker la kek yang belum pernah aku buat tapi sedap..so, belek punya belek buku resepi aku terpandang resepi kek ni..memandangkan bahan kek pun ada, tanpa buang masa aku buat kek yang dikatakan sedap ni..

Setelah masak aku sejukkan dalam petisejuk dan bila potong dan makan..emmm..yummy..serius sedap kek ni..memang berpotong-potong juga masuk dalam mulut..haha..bila hidang kek ni memang tidak sampai 2 hari pun sudah habis..memang yang makan kek ni rata-rata puji kesedapan kek ni..syukur alhamdulillah..terasa berbaloi penat buat kek ni bila orang makan dan hargai apa yang kita buat..Sampaikan aku repeat buat kek ni untuk makan sendiri dan juga hidangan pada tetamu yang datang kemudian..
KEK LAPIS KUKUS COKLAT CREAM CHEESE,HARGA RM50
Tengok la lapisan cream cheese tu, bukan main tebal lagi kan..haha..memang sedap la makan kek ni apalagi sejuk-sejuk..jatuh cinta sangat dengan rasa kek ni..memang ngam dengan selera aku..bukan aku ja yang minat makan, putri dan waie pun suka juga..my sister Liza siap tapau pegi opis lagi..
Sini aku sertakan resepi untuk rujukan dan juga pada kawan-kawan yang mau mencuba tu boleh la semak resepinya di bawah ni ya.

RESEPI: KEK LAPIS KUKUS COKLAT CREAM CHEESE
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY
 
BAHAN A:
250 g cream cheese
50 g gula halus
1 biji telur
1 sb air
1 sk tepung gandum

CARANYA:
  • Pukul cream cheese dan gula halus hingga sebati.
  • Kemudian masukkan telur diikuti air dan tepung gandum. Pukul dan gaul. Biar seketika.
BAHAN B: ( KEK )
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk esen vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air didih
1/2 cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak masak
1 cwn tepung gandum
3 sb serbuk koko
1 sk soda bikarbonat
1/2 sk baking powder

CARA MEMBUATNYA:
  1. Pukul telur dan gula halus hingga kembang. Masuk esen vanilla dan garam.
  2. Masukkan pula air panas didih, susu cair dan minyak masak. Kacau sebati.
  3. Masukkan tepung gandum dan putar sebati.
  4. Biar sebentar dan bahagi dua bahagian.
CARA MASAK:
  1. Kukus dengan api sederhana.
  2. Sapu minyak dan alas loyang dengan kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat dan tutup dengan foil dan kukus selama 15-20minit.
  4. Tuang adunan cheese dan kukus selama 15 minit.
  5. Akhir sekali, tuang adunan coklat dan kukus 20minit.
  6. Setelah sejuk baru potong.
-Selamat Mencuba-



So, kalau yang minat dan teringin mau makan tu..tempeh la dengan kami ya..hihi..terus la call ke talian kami yang tertera di atas tu atau email ja..tq.

Kita jumpa lagi di lain entri..bye semuanya.thanx kerana membaca sampai habis.

2 comments:

  1. kek nii memang sedap x tipu hihi.. lagi2 bila letak dalam esbook bertambah la sedap kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat tu wani..100% agree with u..hikhik..

      Delete