TEMPAHAN KELUPIS,WAJID UBI, KUIH BAKAR PANDAN DAN ANEKA APAM

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Selamat sejahtera semuanya..

Best la cuaca petang ni kan..sejuk dan nyaman ja rasanya lepas hujan turun tadi..ambik kesempatan tidur kejap time hujan tadi..heheh..bila bangun tidur, perut rasa lapar la pulak..em, pikir apa yang boleh dimakan..bila selongkar almari dapur..jumpa la maggi..em, boleh la isi perut yang tengah bekeroncong ni..
 
Okey la, bukan mau cerita pasal maggi yang aku makan tadi..entri yang ingin aku siarkan pada petang ni adalah tempahan dari customer pada minggu yang lepas-lepas..kebanyakkan tempahan adalah untuk jamuan dan majlis open house..antaranya adalah kelupis, kuih bakar pandan, apam gula hangus, apam coklat, apam Isabella dan apam polka dot..
 
So, kita lihat gambar-gambar tempahan yang sempat aku ambik hari tu..
 
Order apam polkadot, apam Isabella, apam coklat dan apam gula hangus ni di tempah oleh Anna dari Meruntum..Jumlah order 200biji.
 
ORDER FROM: ANNA DR MERUNTUM




 
Yang ni pula order kuih bakar pandan,wajid ubi dan apam Isabella di tempah oleh Mrs.Xaviera Elthea dr Hospital Likas.Jumlah order 75biji.
 
Untuk kuih bakar ni, Mrs.Xaviera request untuk tidak tabur bijan atas kuih..so, aku buat seperti yang diinginkan.

 
Tempahan kelupis di bawah ni adalah dari Kak Sal dr Pasir Putih, Putatan..beliau order kelupis dan ketupat..tapi, gambar ketupat aku lupa ambik..hehe, sori ek..Jumlah order 130biji.
 
 Paling last di bawah ni adalah kelupis dr abang sepupu, Abg.Din..jumlah order 300biji.
 
Ucapan terima kasih banyak-banyak pada semua yang telah menempah produk kami..harap anda semua berpuas hati dengan apa yang kami buat..segala kekurangan kami mohon maaf banyak-banyak ya..Kami sentiasa meningkatkan kualiti produk kami untuk semua pelanggan kami yang dihormati..so, jangan serik untuk menempah dengan kami ya..
 
Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan, terus email atau call ke talian kami yang tertera di atas atau 012-8244251..tq.
 
Jumpa di entri yang lain pula ya kawan-kawan..bye.

4 comments:

  1. Moga sukses selalu...nmpk sedap le kelupis...lama x mkn...daun pisang tu..mengiurkan...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx kak..utk kelupis tu kami gunakan sejenis daun yang dipanggil daun 'ngirik'..

      Delete
  2. lama tak buat apam yang comel tuh...
    moga selalu murah rezeki...

    ReplyDelete