ORDER KATERING BULAN PUASA YANG LALU


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

Hai semuanya..Alhamdulillah bersiaran kembali pada hari ni..tidak terasa hari ni sudah masuk 7 syawal kan..masih ada yang sibuk mengunjungi rumah terbuka dan ada yang masih bercuti..apapun, memang seronok rasanya bila bertemu teman lama dan berkumpul bersama keluarga kan..

Pada malam ni aku mau siarkan order katering yang diorder oleh PELADANG untak bersungkai ( berbuka puasa ) pada bulan ramadhan yang lalu..serta majlis untuk kenduri arwah..pada majlis tersebut, Peladang juga mengundang seramai 10 orang anak yatim menyertai majlis berbuka tu..

Antara menu yang ditempah tu adalah menu yang biasa yang diminta oleh Peladang..so, jom kita lihat antara menunya..


IKAN MASAK KICAP

 
 KARI AYAM
 
IKAN MERAH MASAK ASAM PEDAS
 
Ikan masak asam pedas ni memang sedap giler..antara semua menu lauk..menu ni paling cepat habis..rasa masam pedas kuahnya memang mantap..
 
 ACAR TIMUN & NENAS
 
 
SAMBAL TERUNG
  
SAYUR TARAP MASAK LEMAK
 
Sayur tarap ni adalah sayur kampung..dari buah tarap yang masih muda dan dimasak lemak..memang sedap sayur tarap ni..bagi yang tidak tahu rasa buah tarap ni bila masak, rasanya manis..
 
TELUR MASIN
 
 KUIH BAKAR PANDAN
 
 ONDE-ONDE
KUIH KETAYAP@ KUIH LENGGANG

PUDING MANGGA
 
So, nilah antara menu yang di request..apapun, ucapan terima kasih pada Peladang yang telah menempah dengan kami buat kesekian kalinya..ada lagi beberapa yang aku tidak sempat ambik gambar iaitu gambar buah dan minuman panas..
 
Okey la, sampai sini ja dulu entri aku pada malam ni..thanx banyak pada semua yang telah berkunjung ke sini..kita jumpa lagi di entri yang lain pula ya..bye...-wasalam-

No comments:

Post a Comment