Syukur Alhamdulillah bersiaran lagi pada hari ni..walaupun agak sibuk menyiapkan tempahan kuih dari customer tapi menyempatkan diri untuk mengupdate blog khas untuk dikongsikan dengan teman-teman dan pengunjung blog Sweet red cherry..
Tidak ketinggalan untuk mengucapkan Selamat menyambut hari merdeka yang ke-56..syukur Alhamdulillah..aku sangat bangga sekali menjadi anak Malaysia dan menjadi anak merdeka dan hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum..hargai keamanan dan Malaysia milik kita..
Okey la, kali ni aku mau kongsikan entri biskut yang aku buat untuk hari raya puasa yang lalu...resepi yang menarik dan resepinya aku dapat dari buku resepi yang My Sis Liza beli yang berjudul Jamuan Biskut oleh Chef Zubaidah..seorang chef yang popular..memang banyak resepi biskut yang sedap-sedap dan menarik untuk di cuba..so, salah satu yang aku cuba adalah Biskut Nestum..hasilnya memang tidak mengecewakan dan aku memang suka biskut ni..sedap dengan paduan rasa coklat dan nestum memang mantap..
BISKUT NESTUM, HARGA RM 0.45 ( SEBIJI ) |
Di bawah ni aku kongsikan resepinya dengan korang..kalau teringin mau try buat..
RESEPI: BISKUT NESTUM
SUMBER: BUKU RESEPI JAMUAN BISKUT oleh CHEF ZUBAIDAH
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY
BAHAN A:
125 g mentega
50 g gula kastor
BAHAN B:
1/2 biji kuning telur
1/2 sk pes kapucino ( aku guna paste coffee )
BAHAN C:
150 g tepung gandum
30 g tepung jagung
50 g serbuk badam
30 g kelapa kering ( dikisar )
HIASAN:
Coklat masakan hitam ( dicairkan )
nestum/bijiran gandum
CARANYA:
- Sebatikan bahan-bahan A.
- Masukkan bahan-bahan B dan kacau hingga sebati.
- Masukkan semua bahan C dan uli sehingga adunan menjadi sebati.
- Bulat-bulatkan adunan, susunkan di atas dulang pembakar yang telah digris dan bakar dalam oven suhu 150 degree selama 30 minit.
- Setelah biskut sejuk, celupkan biskut ke dalam coklat masakan hitam dan golek biskut ke dalam biskut.
Ni la hasil biskut yang aku buat..
Okey la ya..sampai sini ja dulu entri aku pada hari ni..jumpa nanti ya semuanya..bye..
Jika berminat untuk order produk kuih-muih kami, sila kol/whatsApp ke talian 012-8244251.tq
No comments:
Post a Comment