Hai, selamat pagi semuanya..cuaca pagi ni terasa sejuk sekali kan..mendung pula tu..semalam hujan turun lebat betul..nda pasti pula pukul berapa sebab tidak tengok jam..hehe..maaf ya sebab tidak update blog beberapa hari ni..sibuk sangat menyiapkan tempahan pelanggan..ada pula tempahan mengejut yang mahukan cepat..kelam-kabut dan bekerja sepanjang hari demi menyiapkan tempahan yang diorder..syukur la, semuanya dapat disiapkan tepat pada masanya..thanx ya sebab order dengan kami..harap berpuas hati dan sebarang kekurangan harap dimaafi.
Mungkin pada hari ni ada yang sibuk di dapur untuk menyiapkan hidangan untuk hari raya korban esok kan...aku pun insyaallah mau buat kek juga untuk makan-makan pada hari raya esok..mungkin buat kek yang simple-simple ja tapi tengok la dulu kerajinan ni macamana..hihi..
Okey la, untuk hari ni aku mau kongsikan satu lagi entri mengenai brownies..kali ni aku buat Brownies coklat..sebenarnya tertarik sangat bila tengok kak fiza @fizalgk tayang brownies hari tu..sempat la juga copy paste resepi..thanx ya kak fiza sebab share resepi.Resepi asal pula adalah dari Just try & taste..
Memang sedap brownies ni..kejap ja laris brownies yang aku buat..semua suka makan..Alhamdulillah..suka sangat bila habis..untuk brownies ni aku letak dua jenis topping yang berbeza..aku bahagikan kepada dua bahagian..satu bahagian aku letak topping coklat ganache dan satu bahagian lagi aku letak cream cheese topping..balance dari aku buat rainbow cake hari tu..so, memang sedap giler..aku paling suka makan yang topping cheese sebab bagi aku brownies ni manis sangat..so, bila makan dengan topping cheese rasanya menjadi seimbang..memang so yummy..sedap..sedap..sedap..hihi.
Brownies dengan topping coklat dan cream cheese
Bagi yang berminat mau tau resepi brownies ni..aku kongsikan di sini..mohon izin ya kak fiza dan pemilik asal resepi, just try n taste..jom, check it out..
RESEPI: BROWNIES ALA CHANTI
SUMBER: FIZA COOKING & JUST TRY & TASTE
OLEH: SWEET RED CHERRY
( Loyang 20cmx20cm )
BAHAN:
2 biji telur gred A ( suhu bilik )
200 g gula pasir
100 g mentega ( suhu bilik )
100 g tepung gandum
45 g serbuk koko
175 ml susu cair ( bancuhan 110ml air + 65 ml susu pekat manis )
secubit garam-jika guna butter tawar
Topping:
Buttercream
Keju cheddar ( diparut )
* Aku guna topping coklat ganache dan cream cheese
Coklat ganache:
100g coklat masakan
50 ml susu cair
1/2 sk butter
- Double boil susu bersama coklat masakan. Tutup api bila coklat cair. Kacau coklat bagi larut. Masuk butter dan kacau sebati. Sejukkan. Sedia untuk digunakan.
Cream cheese frosting:
250 g cream cheese
120 g butter
130 g gula icing
sedikit jus lemon/lemon paste
- Pukul cream cheese dan butter hingga berkrim. Tambah icing sugar dan jus lemon. Sedia untuk digunakan.
-Selamat mencuba-
Topping cream cheese
Topping coklat
So, kalau ada yang berminat mau makan brownies atau ingin tempeh produk kami, sila hantar email anda kepada kami atau hubungi kami terus ke talian 012-8244251 ( bbwana ). Tq
Okey teman dan pengunjung semua, sampai sini ja dulu entri aku pada pagi ni..jumpa di lain entri pula ya..bye -wasalam-
Slmat menyambut Aidiladha
ReplyDeleteSedap utk hidangan raya esok ni
salam aidiladha juga kak..hehe,saya hanya sempat buat snow cheese cake dan rainbow cake untuk hidangan raya esok..
Delete