Hai, assalamualaikum dan salam sejahtera..
Selamat petang dan selamat datang pada semua yang berkunjung ke blog Sweet red cherry..terima kasih banyak ya atas kunjungan anda ke sini..baiklah, pada petang ni aku mau kongsikan pula satu lagi entri kek yang aku buat iaitu Kek pisang simple..hasil intaian ke blog DTS..banyak stok pisang di rumah so, aku pun buat kek pisang..kali ni resepi yang lain pula. Apapun, thanx ya Mat Gebu sebab berkongsi resepi dengan kami..
Bagi aku, kek ni agak kering sedikit teksturnya..apapun, sedap juga..cicah dengan kopi atau teh sedap jugak..nda la ba kering betul rasanya kan..hihi..masuk mulut juga berketul-ketul..haha..mungkin suhu oven aku yang terlalu panas atau terlebih bakar menyebabkan kek menjadi kering..apapun, layan ja la kan..cara buat pun senang ja..
KEK PISANG SIMPLE |
Okey jom la kita semak resepinya pula..
RESEPI: KEK PISANG SIMPLE
SUMBER: DAPUR TANPA SEMPADAN
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY
BAHAN:
200 g tepung gandum }
1 sk bikarbonat soda }ayak
1 sk baking powder }
secubit garam
150 g pisang - dilecek
170 g gula kastor ( aku guna 150g gula perang )
3 biji telur A
120 g minyak sayur/jagung
1 sb ovallate
Esen pisang ( optional )
Coklat rice-hiasan
CARANYA:
- Panaskan oven 170 darjah celcius
- Lecek pisang, gula, garam dan ovallate hingga semua bergaul sebati.
- Masuk telur dan kacau rata.
- Tambah tepung gandum, minyak sayur dan esen pisang. Gaul sebati.
- Masuk coklat rice dalam adunan atau tabur atas kek.
- Tuang adunan dalam loyang yang telah di gris dan letak baking paper.
- Bakar selama 40 minit.
-Selamat mencuba-
Okey la kawan-kawan semua, aku mau undur diri dulu..so, sampai sini ja la dulu entri untuk hari ni..sampai jumpa lagi..
lamanya tak buat kek pisang .. simple je kek pisang ni
ReplyDeletea'ah wani..senang ja buat kek ni..main campak2 ja bahan dah siap..hihi..
Deletelama akak tak buat kek pisang.. pisang pun dah lama tak beli kat rumah tu..
ReplyDeletesekali-sekala buat dan makan kek pisang..memang sedap kak..
DeleteLamanya tak makan kek pisang...nampak gebus jer tuh..
ReplyDeleteMesti sedap ni bila tergigit coklat rice..nyum..nyum
sedap kak..kalau taruh coklat cip sedap jugak kek pisang ni kak..
Delete