RAINBOW CUPCAKES

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Hai, teman-teman dan pengunjung blog sweet red cherry semuanya..bersua lagi kita pada hari ni..Alhamdulillah, ada juga masa yang terluang sedikit untuk mengupdate blog..sambil beristirehat ni aku menghadap laptop dan merajinkan diri menaip dan post entri..
 
Okeylah, baru-baru ni aku buat Rainbow Cupcakes untuk hidangan makan-makan pada hari raya haji yang lalu selain dari snow cheese cake..sebenarnya terpikir mau buat rainbow cupcakes ni bila aku buat snow cheese cake tu ada pula lebihan dua biji putih telur..mau buang sayang juga kan..so, belek-belek buku nota aku ternampak pula resepi cupcakes ni..so, aku terus la mengodek di dapur..

RAINBOW  CUPCAKES
 Sebenarnya buat rainbow cake versi cupcakes lebih mudah berbanding buat kek sebab kalau cupcakes, hanya perlu paipkan beberapa lapisan warna dan terus bakar. Kalau versi kek pula perlu bakar selapis demi selapis..kalau oven besar dan banyak loyang boleh la bakar sekaligus..tapi kalau oven kecik macam yang ada di rumah ni kenalah bakar selapis-selapis..huhu..so, makan masa dan banyak bersabar la jawabnya..hihi.

 
 Untuk resepinya aku kongsikan dengan anda semua di bawah ni..
 
RESEPI: RAINBOW CUPCAKES
OLEH: SWEET RED CHERRY
 
BAHAN: ( Aku hanya buat 1/2 adunan dari resepi )
3 cwn tepung gandum
4 sk baking powder
1/2 sk garam
1 cwn butter
2 cwn gula kastor
5 biji putih telur
2 sk esen vanilla
1 1/2 cwn susu segar
pewarna - merah, kuning, hijau dan biru
 
CARANYA:
  1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit. Pukul hingga gebu.
  3. Masukkan esen vanilla. Masukkan tepung selang seli dengan susu segar.
  4. Bahagi kepada 4 bahagian dan warnakan.
  5. Piping warna biru, hijau, kuning dan akhir sekali merah.
  6. Bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 30 minit.

BUTTERCREAM
SUMBER: DAPUR TANPA SEMPADAN

125 g butter
70 g krimwell
80 g gula icing - ayak
1/2 sk esen vanilla
2 sb susu pekat manis
Gula manik dan gula m&m sebagai hiasan ( ikut citarasa masing2 )


  • Putar semua bahan buttercream dengan low speed hingga sebati. Kemudian putar dengan medium speed dan putar hingga pekat.
  • Sedia untuk digunakan.

-Selamat Mencuba-


Sedapnya makan dengan buttercream..sebenarnya boleh juga gunakan cream cheese frosting. Aku kebetulan masa tu memang mau habiskan stok buttercream aku..



Cantikkan colourful sangat..aku suka, suka, suka..hihi..
 

So, sampai sini ja la dulu ya..sampai jumpa lagi di entri yang lain pula..thanx banyak sebab sudi bertandang ke sini..kami amat menghargai anda semua..

Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin tempah sebarang produk kami sila hubungi kami terus di talian 012-8244251 ( bbwana ). Boleh call/sms/whatsApp..tq.

10 comments:

  1. salam sejak kebelakangan ni memang nak suka buat kek pulak .. hihi.. alahai nak kena buat cupcake pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa, apalagi wani..jom la sama2 membaking..best!

      Delete
  2. comelnya bila dibuat kecil macam tuh...sukalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak..saiz kecil macam ni lebih senang nak makan kan..

      Delete
  3. kalerful....sedap ni....blogwalking,jemput follow blog saya ye...http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok..tq ya singgah sini..nanti saya follow awak..

      Delete
  4. Aslmkum bbwana

    nampak ceria cc rainbow, dpt kat budak2 suka ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kak..

      budak2 la yang paling suka dengan cupcake yang colourful ni..hihi

      Delete
  5. comelllllllllllnyer rainbow cup cake ni.. yg best diap topping wane wani tu.. sweet sangat nampak..

    ReplyDelete