YAM SPONGE CAKE & APAM POLKADOT

Assalamualaikum wbt..

Hai, selamat berhujung minggu dan beristirehat di ucapkan pada teman-teman dan pengunjung blog SRC yang tersayang..pasti ada yang sedang bercuti dengan anak-anak dan keluarga bersama pada musim cuti sekolah ni kan..tapi ada pula sesetengah orang yang bisnes pada musim cuti sekolah ni la jumlah pendapatan mereka semakin meningkat..macam-macam permintaan dan tempahan dari pelanggan yang order kuih-muih, kek hantaran, kek kahwin dan sebagainya kan..memang tidak menang tangan dibuatnya..

Begitu juga dengan kami..musim cuti sekolah adalah dinantikan sebabnya jumlah permintaan terhadap produk kami meningkat..penat tu memang la penat kan tapi adatlah mencari rezeki ni..biarlah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Alhamdulillah dengan rezeki yang diberikan oleh Allah..bersyukur atas pemberiannya..

Petang ni mau siarkan entri Yam Sponge Cake dan Apam Polkadot yang ditempah oleh sepupu jugak, Rina untuk jamuan parti perpisahan di sekolah tempat beliau mengajar iaitu Sekolah Ugama Islam Pekan Sipitang..Apapun, thanx banyak-banyak pada Rina sebab order dengan kami..segala kekurangan mohon dimaafi..

YAM SPONGE CAKE
 YAM SPONGE CAKE
LAYER & DEKO: YAM FRESH CREAM
HIASAN: CHERRY, BUNGA GUM PASTE & MANIK GULA SILVER
BERAT: 1KG
HARGA: RM45



Alhamdulillah tempahan ni dapat disiapkan tepat pada masanya walaupun masa ni aku sibuk menyiapkan 2 biji lagi kek birthday yang harus siap pada keesokkan harinya..

APAM POLKADOT, RM0.35 ( SEBIJI )

Rina tertarik order apam polkadot ni sebab first time merasa masa majlis hantar berian Anim pada awal bulan November yang lepas dan Rina sukakan rasanya..so, kami bertukar no.telefon..ndak sangka seminggu lepas tu Rina call dan order apam serta kek sekali..tq very much..

Okey la, sapa-sapa yang berminat untuk menempah sebarang produk kami boleh la email atau terus saja call/sms/whatsApp ke 012-8244251 ( bbwana ) untuk tahu lebih lanjut. Terima kasih.

So, kawan-kawan semua kita jumpa di entri yang baru di lain masa pula okey..thanx baca entri hingga habis..selamat bercuti dan see ya..-wasalam-


26 comments:

  1. Salam kenal kembali ,terima kasih singgah blog akak cantiknya kek kaler purple tu

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah bertambah resepi wana...

    ReplyDelete
  3. Assalam
    Alhamdulillah, rezeki cuti sekolah ni
    Masyukkk he hee
    Yam kek mesti harum baunya akak suka yam

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kak..

      ya kak, syukur rezeki bertambah musim cuti sekolah ni..alhamdulillah..kek ni wangi dengan aroma yam..sya pun suka.

      Delete
  4. Bbwana..serba boleh awak ni kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih dan alhamdulillah kak ina..sya suka cuba dan masih lagi dalam belajar dan memperbaiki teknik baking..

      Delete
  5. Yam sponge cake tu nampak sedap la wana..

    ReplyDelete
  6. Mmg cantik dn kemas..akk klu bab deco mmg x reti sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx kak zila..sya pun masih lagi memperbaiki skill mendeko..

      Delete
  7. yam sponge cake.. lama dah tak bau keladi.. ingat2 lupa hik3...sure sedap kek ni ... kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kek yam memang sedap wani..wangi dan rasanya buat ingin makan lagi.hihi..

      Delete
  8. sedapnya kek yam....mesti yum yum....

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillahh..rezeki bertambah2 nampaknya ye. Semoga terus success selalu. Cuti2 ni mmg banyak la tempahan kan. Bagus tu sbb boleh terus mengasah bakat menghias kek. Suka apa2 yg berperisa yam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak..syukur alhamdulillah rezeki masyuk musim cuti sekolah ni..memang dapat improve skill deko..

      Delete
  10. Salam....Nampak sedap plak yam cake tu.....

    ReplyDelete
  11. salam..semuanya sedap2,cantik hasil kerjanya.

    ReplyDelete