Hai, salam sejahtera..
Selamat petang dan selamat beristirehat di hujung minggu ni..terima kasih pada semua pengunjung dan teman-teman blogger yang sudi bertandang ke blog Sweet red cherry..thanx juga pada follower baru..
Hari ni aku ingin siarkan entri minum petang kami kemarin iaitu Cucur Tarap..mungkin ada yang sudah tau apa tu cucur tarap..buah ni senang jumpa di sini tapi bagi yang belum tau tu aku akan terangkan sedikit. Tarap tu adalah sejenis buah..apabila masak rasanya sangat manis dan sedap. Isinya bewarna putih..Selain sedap dimakan begitu saja, buah ni juga sesuai untuk di cucur..Kalau di Semenanjung mungkin panggil lain kan..
Selain tu, buah tarap yang masih muda juga sesuai dijadikan sayur..masak lemak dengan cili padi..pergh, memang sedap..kalau aku makan nasi dengan sayur tarap masak lemak cili padi ni pun sudah cukup..memang layan habis..hehe..
Jom la layan gambar..
CUCUR TARAP |
Ini la buah tarap yang sudah masak. Untuk tau buah ni sudah masak atau belum, tekan sikit bahagian luar buah ni..kalau masa tekan tu ada rasa lembut maknanya buah ni sudah masak..lagi satu, bau wangi buah ni akan dapat dihidu bila buah ni masak.
Tengok la isi buah ni yang putih dan nampak lunak ja kan..
Masuk dalam bancuhan tepung dan ready untuk di goreng..
Cucur yang sudah siap di goreng..tinggal tunggu makan ja lagi..
Okey la kawan-kawan semua, sampai sini entri aku untuk kali ni..kita jumpa lagi di lain entri ya..bye..-wasalam-
tarap tu sama ke dengan cempedak? tapi saiznya macam kecil sikit kan...
ReplyDeletecheq sue, tarap tidak sama dengan cempedak..buah yang berbeza..di sini banyak buah ni.
DeleteAssalamualaikum. wana.Buah tarap ni x sama ker dgn buah campedak....isinya nampak cam cempedak kan..tapi dia punya kulit tu lain pulak rupanya....
ReplyDeletewalaikumsalam Uj..buah tarap dan cempedak memang x sama..lain sangat..daun pokok tarap ni pun lain..ianya lebar dan berbentuk sedikit bulat..kulit buah ni pun nampak panjang2 kan tapi tidak tajam..
Deleteslm wana...e.la pun biasa tgk buah tarap kat sini tapi tak pernah beli....
ReplyDeletehai, salam juga ela..
Deletethanx ya datang sini..sedap tau ela rasa buah tarap ni..ianya manis..
pernah makan buah ni masa duk sabah dulu. bau dia sangat ku.at
ReplyDeleteha'ah betul tu..bau buah ni memang kuat..
Delete1st time dengar nama buah ni...tapi nampak macam buah cempedak kan...
ReplyDeleteyalah kak..kat sini panggil buah tarap..sana ada ke buah ni?isi macam cempedak tapi lebih kecil dan warna putih.
DeleteSkrg ni bukan musim tarap kan? Tak nampak bnyk kat pasar tamu. Kakpb selalu juga goreng, sedap.
ReplyDeletehai kak pb..di sini (sipitang) sudah mula musim buah tarap..sudah banyak yang jual..betul tu kak..memang sedap digoreng kan..tapi makan macam tu ja pon sedap..
DeleteTak pernah dengar pula buah tarap ni. Kalau rasa macam cempedak, memang sedap ni. Kena cari ni,kot2 di Sarawak ni ada juga.
ReplyDeleteSalam kenal juga sis ^^
rasa dia lain dari buah cempedak..tapi sedap juga..mungkin sebelah sarawak rasanya ada juga buah ni..tapi x tau la kalau sana panggil nama lain..Ok, tq sebab follow n salam kenal juga.
Delete