INDULGENCE CAKE FOR IZZAT BIRTHDAY

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Salam hari jumaat semuanya..okey la, terus saja kepada entri aku pada hari ni masih lagi mengenai kek birthday..kali ni aku buat Kek Coklat Indulgence pula istimewa untuk anak buah aku..Izzat Airil Ridzuan..anak bongsu abang sulung yang menyambut hari lahirnya pada 17 November yang lalu dan genap umurnya 9 tahun..memang sudah lama mengidamkan kek birthday ni..siap pesan lagi maukan kek yang besaar..demi tidak menghampakan perasaan Izzat maka aku buat Kek Indulgence dengan edible image Ultraman seberat 2 kg..hem, puas hati nampaknya dia dengan kek ni..heheh..

KEK COKLAT INDULGENCE
 KEK COKLAT CHEESE INDULGENCE
LAYER: COKLAT CREAM & CREAM CHEESE FROSTING
TOPPING: COKLAT GANACHE
HIASAN: EDIBLE IMAGE, BELON & CHOC.RICE
DEKO: CREAM CHEESE
BERAT: 2KG
HARGA: RM130


Untuk kek ni aku bakar kek dalam 3 loyang untuk mendapatkan 3 keping kek yang tidaklah nipis sangat kan..so, kek ni memang tebal dan sangat sedap dengan gabungan rasa cheese dan coklat tu memang mantap..Untuk kek ni aku gunakan resepi yang berbeza..maksudnya tidak sama macam aku buat kek coklat indulgence yang aku pernah publish hari tu..

Resepinya boleh semak di bawah ni ya..

RESEPI: KEK COKLAT CHEESE INDULGENCE
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN KEK:
2 cwn gula pasir ( dikisar )
2 cwn tepung gandum }
1 sk soda bikarbonat   }ayak bersama
1 sk baking powder    }
3 biji telur
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak
1 cwn air panas didih
1 sk esen vanila
1 cwn koko

CARANYA:
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang. Kemudian tambahkan esen vanila. Putar lagi.
  2. Masuk susu cair dan minyak. Putar lagi.
  3. Masukkan tepung gandum dan serbuk koko sedikit demi sedikit. Guna kaedah kaup balik.
  4. Masukkan air panas. Kacau sebati
  5. Tuang adunan yang dibahagikan untuk 3 loyang berasingan. Boleh juga bakar sekaligus dalam satu loyang dan kemudian baru potong 3 bahagian. Ikut suka.
  6. Bakar dalam 20-25minit setiap loyang atau bakar sekaligus dalam 45 minit dalam suhu 175'c.
  7. Sejukkan.
 GANACHE:
2 cwn non diary whip cream
500 g coklat masakan
1/8 cwn golden syrup
  •  Didihkan whip cream dalam kuali atas api yang sederhana panas. Bila didih, padamkan api dan masukkan coklat masakan dan kacau hingga cair.
  • Masukkan golden syrup
  • Ambil 1 cwn ganache ( untuk buat coklat cream ). Baki ganache simpan dalam peti sejuk.
CREAM CHEESE FROSTING:
Sumber: KakZu Semanis gula
250 g cream cheese
130 g butter
130 g gula icing
  • Putar semua bahan di atas hingga sebati.
  • Simpan sedikit cream cheese untuk tujuan mendeko.
COKLAT CREAM:
1 cwn coklat ganache
1 cwn non diary whip cream
  • Pukul 1 cwn whip cream, tuang 1 cwn coklat ganache. Putar sebati.
CARA MELAPIS KEK:
  1. Letak 1 lapisan kek dan tuang 1/2 adunan cream cheese frosting tadi. Sapu dan ratakan.
  2. Letak lagi lapisan kek yang kedua dan sapukan dengan coklat cream. Ratakan.
  3. Letak lapisan kek yang terakhir dan tuang lagi baki adunan cream cheese tadi.Ratakan.
  4.  Boleh rujuk gambar di bawah. Untuk sekeliling kek aku kemaskan dengan sapuan coklat cream.
  5. Sejukkan dulu kek dalam peti sejuk lebih kurang 20-30 minit untuk set kek.
  6. Akhir sekali, tuangkan coklat ganache atas kek.
  7. Deko ikut suka.
  8. Sejukkan kek dalam peti sejuk.
-Selamat mencuba-



Aku deko simple ja..yang penting Izzat hepi sangat terima kek ni..'Happy Birthday to Izzat Airil yang ke-9..moga jadi anak yang baik dan cemerlang dunia dan akhirat..amin. '

Untuk pertanyaan dan tempahan, sila email kami seperti yang tertera di atas dan boleh terus hubungi kami di 012-8244251 ( bbwana )..tq.

Thanx pada semua yang datang sini dan baca entri hingga habis..sampai jumpa lagi.sekian..

17 comments:

  1. hensem betul kek ni tau. eh org sbh pula... samala hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha,hensem ka sophie?iya..sya orang Sabah juga..sama la kan..

      Delete
  2. waduhhhh...cantiknya kek tu. saya pernah buat sekali tapi tak menjadi... ingat nak cuba lagi tapi sekarang oven rosak pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cheq sue...kena beli oven baru la nampaknya tu..hihi..nanti try la buat lagi ya..insyaallah mesti menjadi punya.

      Delete
  3. Assalamualaikum wana seronokkan klu dpt buat kek dgn airtgn sendiri apalgi jika kek tu utk insan tersayang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam..betul tu..setuju sangat..satu kepuasan pada diri sendiri bila berjaya hasilkan atau buat sesuatu untuk yang tersayang..terharu dan hepi bila mereka sukakannya.

      Delete
  4. Assalamualaikum wana..seronokkan klu dpt buat kek dgn airtgn sendiri..ditambah lagi jika kek tu utk insan yg disayangi..

    ReplyDelete
  5. Salam jumaat wana..nak tnya..masa kita letak choc cream tu ditgh kek..kek kna masukkn dlm peti ais dulu kan..sbb sya cmpur whipping cream dgn ganache..kek yg diatas tu bleh slide plak..adui...mmg amik masa tuk mendeko..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jadi cream coklat tu mencair menyebabkan kek tu slide yana..boleh juga lepas sapu cream coklat sejukkan dulu kejap di peti sejuk kemudian baru lapisan kek seterusnya..jangan putus asa ya yana..

      Delete
  6. mesti berseri-seri muka besday boy dapat kek kartun kegemaran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan saja berseri birthday boy tu mel..asyik nak senyum ja pasal hepi sangat..heheh..

      Delete
  7. kak su nak buat lah juga nanti.kumpul bahan-bahan dulu.nampak comel dan sedap je kek ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak su..memang kek ni sedap rasanya..antara kek yang kak su harus try buat..gabungan chez dan coklat tu memang malatop..

      Delete
  8. Assallamualaikum..
    Tq for your wish.. Ermm kek ni mmg berat kan. Alahaiii..bestnyeeee...tp skrg x leh lagi mkn kek2 ni beria2.. Brt bdn nk kena cantas lg ni..huhuuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kak..

      thanx ya jenguk sini..betul tu kak..kek ni memang berat bila sudah jadi..yang penting sedap pula tu..hehe, bleh la makan sikit kak jangan kempunan..

      Delete
  9. Assalamualaikum,
    Jenuh jugakla nak siapkan sebiji kek macam ni, tapi bila dah dapat hasilnya..........berbaloi baloiiiiiii.........memang yg terbaeeeekkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam..ha'ah betul tu..memang jenuh buat kek ni sebab banyak step yang perlu dibuat..tapi bila ada semangat yang kuat memang hasilnya menjadi..

      Delete