KEK TIRAMISU DAN ORDER LAIN..

Hai, semuanya..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kembali bersiaran pada petang isnin yang mendung..baru lepas hujan lebat..so, best la suhu yang agak panas hari ni jadi sejuk sikit..semantara tunggu kek masak aku luangkan masa untuk update blog ni..maaf ya kalau aku tidak berkesempatan untuk 'blogwalking' ke blog kawan-kawan..apapun, terima kasih pada rakan blogger yang jenguk sini dan tinggalkan komen..insyaallah aku akan jenguk blog korang pulak..

Okey la, hari ni aku mau siarkan entri Kek Tiramisu dan beberapa order kuih-muih..yang mana di tempah oleh sepupu yang rajin order iaitu Anim..kali ni dia order kek sempena majlis hantar berian pada 2 November yang lalu dirumahnya..ala, bukan jauh pun..rumah kami besebelahan ja..hihi..kek ni untuk hantaran pada pihak lelaki la..kalau tidak silap pihak perempuan ( Anim ) hantar 9 dulang dan pihak lelaki pulak hantar 7 dulang hantaran..Kek tu Anim mau wordingnya 'Happy birthday to Shamsul'..walaupun, sebelum ni sudah bagi cupcakes tapi kali ni hantar kek terus untuk birthday sekali la..aku ikutkan ja la permintaan pelanggan..

Kuih yang diorder pula adalah Apam Polkadot@Dot com, Kelupis, Kek Coklat dan Popia..kuih ni untuk hidangan pada majlis hantar berian ni la..

jom kita layan gambar-gambar..

KEK TIRAMISU
 KEK TIRAMISU
LAYER: CHEESE
TOPPING: FRESH CREAM
BERAT: 1 KG
HARGA: RM 45
HIASAN: SERBUK KOKO, COKLAT CIP DAN WHITE COKLAT




Ni adalah antara hantaran pihak lelaki dan perempuan..kalau bunga kaler merah tu dari lelaki..kalau bunga kaler peach tu dari perempuan..


Yang tudung soft purple tu la sepupu aku, Anim dan lelaki tu adalah tunangnya..yang lain tu adalah keluarga tunangnya..bergambar bersama barang hantaran mereka..

KEK COKLAT

APAM POLKADOT@DOT COM
 Untuk apam polkadot ni aku buat dalam 4 jenis filling iaitu roselle, bluberi, strawberi dan coklat..

APAM POLKADOT

KELUPIS

POPIA
So, tu la antara yang di order..kalau ada yang minat dengan produk kami, jangan malu-malu..terus saja hubungi email atau talian kami di 012-8244251 ( bbwana ).

Sampai sini saja la dulu ya..thanx pada semua yang sudi datang sini dan baca entri hingga habis..jumpa lagi..tq.


12 comments:

  1. cantik kek tu.....banyak2 kuih tu....yg satu tu sis tak pernah makan kuih kelupis apa kat dalam tu ye...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx sis..oh kelupis tu makanan tradisi kami di sini..isinya sambal udang..dan ada juga kelupis yang tiada inti..sedap makan dengan kari ayam/daging atau ikan masin..

      Delete
  2. Tiramisu...dah lama nk buat..tp asyik tertngguh2..hehe..wana..kelupis tu apa ya?ubi ke tepung sbgai bhnnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap tiramisu ni tau yana..kena buat la nanti..untuk kelupis tu ianya diperbuat dari beras pulut dan di masak dengan santan kemudian letak inti sambal udang baru bungkus dengan daun ngirik..ianya dikukus..sedap.

      Delete
    2. Oo..serupa pulut udang disini ya..dibalut dengan daun pisang?daun ngirik?daun apa ya wana?

      Delete
    3. ya yana..balut dengan daun ngirik..insyaallah sya akan buat entri cara buat kelupis dan gambar daun..sya akan inform yana kalau publish entri ni ek..

      Delete
  3. Byknye hidagan ..smuanye membuka selera

    ReplyDelete
  4. semuanya sedap...terutama kelupis tu...teringat pulak masakan mak mertua bila raya...selalu buat kelupis n hiding dengan kari ayam n rending daging...memang mantop....
    dear ada ku mo cakap ba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq rahel..iya betul tu..memang sedap makan kelupis dengan rendang..nda sedar2 banyak sudah dimakan..hehe..

      Delete
  5. Buat apam polkadot susah tak... kena letak telurnkan... adess ekin alahan dengan.telur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak susah ekin..ha'ah resepinya kena letak telur..kalau macam tu tak bleh la ekin makan..cian..

      Delete