KEK LAPIS KUKUS OREO

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA..

Hai semuanya..terima kasih ya pada semua yang rajin berkunjung ke sini..sekali lagi terima kasih atas sokongan kalian terhadap blog kami ni..bila ada kelapangan, aku memang akan update blog untuk kongsikan entri baru dengan teman-teman dan pengunjung semuanya..
 
Okeyla, untuk hari ni aku ingin kongsikan kek yang telah aku buat beberapa minggu yang lalu iaitu Kek lapis kukus oreo..memang suka dengan rasa kek ni..lembut dan sedap..tambah-tambah lagi ada oreo dalam kek ni..so, memang sangat menarik.. resepinya adalah blogger Duhai hati..thanx banyak ya kak atas perkongsian resepinya..
 
KEK LAPIS KUKUS OREO
Aku juga ingin berkongsi resepi dengan pengunjung Sweet red cherry..mohon izin ya kak untuk panjangkan resepinya di sini..

RESEPI: KEK LAPIS KUKUS OREO
SUMBER: DUHAI HATI
DI CUBA OLEH: SWEET RED CHERRY
 
BAHAN:
250 g tepung gandum }ayak
1 sk baking powder    }
250 g butter
180 g gula kastor
5 biji telur
1 cwn susu pekat manis
pewarna ( 4 jenis ikut suka )
Biskut oreo - buang krim

CARANYA:
  1. Pukul butter & butter hingga kembang.
  2. Masukkan susu pekat dan putar lagi.
  3. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang dan sebati.
  4. Masuk tepung sedikit-sedikit dengan kaedah kaup balik.
  5. Bahagi kepada 4 bahagian dan warnakan.
  6. Masuk adunan dalam Loyang dan susun biskut oreo. Kukus selama 5-10minit. Kukus selang seli.
  7. Lapisan akhir, kukus selama 1 jam.
  8. Nota: Simpan 1 hari, baru sedap makan.
-Selamat mencuba-


Bagi yang gemar biskut oreo tu, haa boleh la try buat kek ni..sedap tau..boleh juga tempah dengan aku kalau teringin mau makan..hehe, sempat promo lagi..ok la, setakat ni ja la entri aku untuk kali ni. Sampai jumpa lagi di entri yang lain pula..daa..

7 comments:

  1. sedapnya kek tuu..kaler dia pun menarik jer...
    belum makan lagi ni..mahu berkeping2 masuk dlm mulut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan saja kalernya yang cantik..tp, rasanya memang sedap..jemput la makan..hihi..

      Delete
  2. mcm sedap je... nanty nak buat ngintai sini, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gerenti sedap nur as..try la nanti..trima kasih..^_^

      Delete