BELATED BIRTHDAY CAKE: RAINBOW CAKE

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..


Sekarang ni cuaca agak mendung..subuh tadi hujan dan sekarang ni mendung macam mau hujan lagi..angin bertiup pun sejuk ja terasa..segar rasa angin di kampung ni..sihat rasanya menghirup udara yang segar begini berbanding di bandar yang panasnya terasa membahang..bangunan sana sini..kurang pokok dan tanaman segar..

Okey la, sebelum ni aku pernah cerita sikit megenai kek birthday yang aku buat khusus untuk Ms.Adienia..memandangkan aku tiada bagi hadiah pada dia, maka aku mau buatkan dia kek sebagai hadiah..aku ada tanya kek apa yang dia mau..so, dia request Kek Rainbow..aku dengan senang hati buat kek ni untuk dia..untuk diaa..(tiba2 pula nyanyi lagu najwa latif ) haha..

Kek Rainbow kali ni aku gunakan sepenuhnya fresh cream sebagai frostingnya kerana ini adalah permintaan Cik Adienia, bday girl kita ni..hehe..dia sepatutnya menyambut birthdaynya pada 17 Dec yang lalu tapi acara ditunda pada 31 Dec kerana mau meraikan ketika sambutan New Year..Ini adalah ulangtahunnya yang ke-22..Di sini kakak ingin mengucapkan " Happy Belated Birthday to Nia ", semoga panjang umur, dimurahkan rezeki serta dilimpahi rahmat dariNYA dan sweet 22th..

Jom kita lihat gambar-gambar kek..

RAINBOW KEK, HARGA RM 45 ( 1 KG )

 Ni lah rainbow kek yang aku buat untuk kali ni..syukur la, nampaknya Cik Adienia ataupun kami panggil Adiq ni suka sangat dengan kek yang aku buat ni..lagipun kali ni aku suda mengurangkan sukatan gula kerana first time aku buat kek ni untuk bday Dayang..rasanya terlalu manis..tapi yang ini, rasanya perfect sekali..yummy..sedap tau..



Ms. Adienia posing dengan kek birthdaynya..

















 Begini rupa kek yang belum siap sapu fresh cream sepenuhnya..kali ni lapisan agak tebal sikit kerana aku guna loyang yang kecil sikit.
 Pandangan sisi kek..untuk menghias kek ni aku paipkan piping gel sebagai hiasan bunga dan juga gum paste..















 Ms.Adienia dan adik tersayang, Dyg. Zarina..dia lagi excited tguk kek Adienia..nda sabar2 mau potong kek..hihi..

Kek ni tidak sampai sehari..suda habis kena makan..hehe..


Jika anda juga mau order kek seperti ini, boleh hubungi email atau telefon kami yang tertera di atas ini. Tq..

No comments:

Post a Comment