KUIH TALAM BERLAUK

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..


Untuk kali ini pula, aku publishkan pula entri kuih yang telah aku buat sebelum ini..nama kuihnya adalah Kuih Talam Berlauk..kuih ni memang unik sebab kuih talam ni tidak seperti kuih talam yang aku buat sebelum-sebelum ni..unik kerana kuih talam  ni mengandungi daun bawang, daun sup, isi udang yang dicincang dan lada merah besar..sepatutnya guna udang geragau tapi aku hanya guna isi udang segar..

KUIH TALAM BERLAUK
Walaupun ini pertama kali aku buat kuih talam berlauk ni, alhamdulillah ianya menjadi..rasa kuih talam ni sedap..ada rasa masin-masin sikit dan lemak santan kelapa..antara bahan lain untuk kuih talam ni adalah tepung beras..


 Kalau makan kuih ni kena cicah dengan sos cili..ui, memang sedap..


Untuk resepi kuih talam ni, aku dapat dari buku resepi Aneka Minuman Petang keluaran Alaf 21..kebanyakan resepi dalam buku ni adalah resepi minuman petang yang sering kita makan dan resepinya juga senang serta mudah untuk dicuba..bagi amatur seperti aku, buku ni sangat sesuai dijadikan sebagai panduan dalam menghasilkan kuih-muih tradisi..

No comments:

Post a Comment