Majlis Cukur Jambul Daliya Farisha

Hai, assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya..


Sebenarnya entri yang aku siarkan ni adalah majlis kenduri cukur jambul Daliya Farisha Bt. Zainuren iaitu anak kedua dari Dk.Fatin Hazirah iaitu sepupu aku dan pasangannya Zainuren..majlis diadakan pada hari sabtu yang lepas iaitu pada 26 Januari 2013..majlis yang sederhana dan dihadiri oleh keluarga dan jiran terdekat..

Majlis dimulakan dengan acara berdikir sambil cukur jambul 'baby Bunga'..dikalangan keluarga kami gelar baby Daliya tu dengan nama bunga sebab Daliya tu macam nama bunga Dahlia..hihi..kemudian majlis disudahi dengan bacaan doa dan jamuan makan tenghari..

Ni la baby Bunga yang baru berumur sebulan lebih ketika majlis cukur jambulnya diadakan..sepanjang majlis ni, baby Bunga langsung tidak menangis atau cerewet..dia betul-betul cool..
Tengokla dia tu, comel sangat kan..dilahirkan pada 9 Disember 2012..awal 10 hari dari tarikh jangkaan..dilahirkan dengan proses normal..baby Bunga ni kuat tidur dan tidak cengeng..dia nangis bila lapar ja..









 Yang pegang baby Bunga tu Babahnya dan pegang dulang tu pula Acik Amie..
Tengah gunting rambut tu la mama kesayanganku..Pn. Norsiah..ditepi-tepi tu anak-anak buah aku..










 Ni wajib ubi yang dibuat untuk majlis ni..
 Ni gift yang diberikan kepada tetamu2 yang gunting rambut baby..
Kelupis pun ada juga..













Ni pula kami panggil 'campur' yang diberikan buat tetamu yang datang..ada minuman kotak dan kuih muih, biskut dan manisan didalamnya.

Ini adalah antara menu jamuan yang sempat aku gambar..antaranya adalah kari ayam, pajeri nanas, telur masak merah, acar timun, ikan goreng, telur masin dan pucuk ubi masak dengan ikan masin..em, sedap sungguh..sampai penuh pinggan aku makan hidangan ni..makan begini ni langsung tidak bleh diet..adui, sebenarnya ada lagi beberapa menu yang aku tidak sempat ambik..

Okey la, sampai sini ja dulu cerita aku tentang majlis cukur jambul ni..so, kita jumpa lagi di entri yang akan datang pula ya..daa..

No comments:

Post a Comment