Hai, salam manis diucapkan pada semua pengunjung..terima kasih kerana mengunjungi blog Sweet Red Cherry..aku baru lepas makan tengahari..syukur alhamdulillah..kenyang..walaupun menu makan tengahari hari ni nampak simple tapi 2 kali juga aku tambah nasi..haha..em, risau juga dengan berat badan yang bertambah...aduhai..tadi aku makan 'nasi ayam katok'..sedap la..sayap ayam yang digoreng dengan tepung serbaguna kemudian cicah dengan sambal lada dan makan dengan nasi dan timun..simple but delicious..
KEK KUKUS LAPIS COKLAT |
Entri yang aku siarkan untuk kali ini adalah Kek Kukus Lapis Coklat..kek ni selalu aku buat..rasanya juga sedap..ada rasa vanila dan juga coklat..apatah lagi aku taburkan dengan coklat cip di setiap lapisan menjadikan kek ni bertambah rasa coklatnya..coklat cip yang cair di mulut..
Untuk tempahan, hubungi kami melalui email atau telefon kami ke nombor yang tertera di atas..Jika anda ada sebarang komen, anda boleh post komen anda itu..kami minta maaf jika ada sebarang kekurangan..terima kasih.
No comments:
Post a Comment