KEK MARJERIN PELANGI

Assalamualaikum dan selamat malam diucapkan buat semua pengunjung blog Sweet Red Cherry...

Syukur kerana kita masih dapat bertemu lagi pada malam ni..hari ni adalah hari ulangtahun bapaku yang ke-66..alhamdulillah beliau masih lagi dipanjangkan umur dan kami masih lagi dapat berkumpul sekeluarga bersama..kami ada juga menyambut hari lahir beliau.. hanya buat sambutan yang sangat simple tadi..so, entrinya akan aku siarkan bila tiba masa..baiklah sebelum aku masuk tidur..aku mau kongsikan gambar kek yang telah aku buat pada minggu lepas iaitu Kek Marjerin Pelangi..

KEK MARJERIN PELANGI
Kek ni paling senang untuk dibuat kerana hanya perlukan bahan-bahan asas untuk membuat kek seperti marjerin, tepung gandum, gula, telur dan esen vanila..untuk color pelangi tu hanya bubuh beberapa pewarna makanan yang disukai dan corakkan seperti yang dinginkan..

Memang aku paling suka buat apa saja terutama kek yang pelbagai warna..kalau ada yang perasan, aku memang banyak buat dan siarkan gambar kek yang colorful..bagi aku ianya sangat menarik dan ceria..
Kek ni lembut teksturnya dan sangat sesuai dimakan ketika minum pagi ataupun 'hi-tea' petang2..apapun, suka hati la mau makan bila-bila masa pun kan..ngap ja la..hihi..








No comments:

Post a Comment