KEK KUKUS LAPIS VELVET HAWFLAKES

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA..


Baiklah semua, tanpa buang masa..kita terus saja kepada entri yang seterusnya ini..entrinya adalah Kek Kukus Lapis Velvet Hawflakes. Kek ini aku buat dalam minggu lepas..tapi, tau ja lah..kek ini nda dapat tayang pada hari aku buat kerana banyak lagi gambar yang belum aku habis tayang..kecuali ada entri yang penting aku akan siarkan secepat mungkin..apapun, maaf ya..

Kek ni aku warnakan dengan warna biru dan juga merah..setiap lapisan aku susunkan dengan hawflakes @ asam manis..
Kalau suka makan asam manis, anda juga pasti suka makan kek ni kerana rasanya yang masam-masam manis..kek juga teksturnya lembut..

Aku memang suka buat kek yang berlapis-lapis ni..apalagi kalau yang berwarna-warni..walaupun buat kek yang berlapis-lapis ni perlukan kesabaran kerana mengambil masa yang lama tapi aku suka..aku puas dengan hasil kerja aku..bagi aku ianya satu terapi aku untuk hilangkan stress apabila melihat hasil kerja aku menjadi dan cantik..Okey semua, kita jumpa di lain entri pula ya..wasalam.

No comments:

Post a Comment