CHEESY FAIR LADY CAKE

Salam sejahtera semuanya..

Bestnya kan dapat santai-santai petang-petang macam ni..berehat sambil tengok tv rancangan kegemaran..hehe..sebenarnya aku baru ja siap buat kek lapis..penat juga la sebab tau ja la kan proses melapis kek ni memang makan masa..perlu banyak kesabaran..buat dari pagi tadi baru la siap petang ni..apapun, walaupun penat tapi aku memang suka  dengan apa yang aku buat ni..hepi bila tengok hasilnya menjadi dan disukai orang..
 
Okeylah, kali ni aku mau siarkan entri kek birthday yang aku buatkan untuk mama tersayang yang menyambut hari lahirnya pada 10 September yang lalu..aku mau cuba buat kek yang belum pernah aku buat sebelum ni..so, lepas tengok-tengok buku resepi..aku tertarik untuk membuat kek yang menggunakan cheese memandangkan aku memang mau habiskan stok cheese yang ada..so, Cheesy Fair Lady Cake menjadi pilihan aku untuk dibuat sempena birthday mama yang ke-62 ni..
 
CHEESY FAIR LADY CAKE
CHEESE FAIR LADY CAKE
FILLING: CREAM CHEESE
TOPPING: FRESH CREAM
HIASAN: COKLAT PUTIH, GULA MANIK, COKLAT PUTIH KEPING, BUNGA GUM PASTE
HARGA: RM 60
BERAT: 1.3 KG
 
Kek ni memang sedap la..kena dengan selera aku dan keluarga..rasa cheesenya tu tidak la memuakkan..memang sedap makan time sejuk..nyum-nyum..aku pun makan sampai berapa potong..haha..lupa daratan kalau makan cheese..

 
 
Mama memang surprise bila dapat tau aku ada buatkan kek untuk dia..haha..mama memang nda perasan pun aku buat kek ni sebenarnya untuk dia..sebab mama ingatkan aku buat kek tempahan pelanggan..apapun,mama memang hepi bila kami sambut birthdaynya pada malam tu dalam acara yang cukup ringkas..'Selamat Ulangtahun Ma, moga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik serta murah lagi rezeki mama dalam bisnes dan sentiasa dirahmati Allah ..amin..kami sayang Mama'..
 
 
Inilah gambar mama dengan my dad tersayang ..Pn.Norsiah Abdullah..
 
Di sini aku kongsikan resepi kek..resepi sudah lama aku ambil dan lupa dari mana aku dapat..so, maaf banyak-banyak ya..Jom semak resepi..
 
RESEPI: CHEESY FAIR LADY CAKE
DI CUBA OLEH: SWEET RED CHERRY
 
BAHAN KEK:
125 g tepung naik sendiri
5 biji telur
120 g gula halus
2 sb susu cair
1 sb ovallete
1 sk esen vanilla
75 ml minyak
 
CARANYA:
  • Pukul telur sampai kembang dan putih.
  • Masukkan gula halus dan ovallete, pukul lagi hingga kembang.
  • Masuk tepung, susu cair, esen vanilla sedikit-sedikit.
  • Kemudian masukkan minyak.
  • Tuang adunan dalam loyang yang di gris dan letak baking paper.
  • Bakar 180 degree selama 1 jam 15 minit.
  • Masak dengan kaedah steam bath ( guna api bawah 30 min, api atas 5 minit, akhir sekali api bawah 40 minit.
  • Sejukkan dan potong kepada 3 lapisan.
 
LAYER:
100 g butter
250 g cream cheese
100 g gula icing
100 g fresh cream
Sedikit jus lemon
 
CARANYA:
  • Pukul butter dan cream cheese sebati.
  • Masuk gula icing. Pukul lagi.
  • Masuk fresh cream dan pukul hingga kental.
  • Ratakan pada lapisan kek.
HIASAN:
150 g fresh cream
Coklat putih ( diparut )
 
  • Pukul  fresh cream hingga kembang dan kental.
  • Ratakan pada keseluruhan kek. Tabur parutan coklat.
  • Hiaslah ikut kreativiti.
-Selamat Mencuba-
 
Kek yang telah dipotong kepada 3 lapisan dan letak kek atas papan kek dan sapukan adunan cream cheese di setiap layer..

Ni rupa kek yang telah siap di sapu dengan cream cheese di setiap lapisan..

 
Ni lah hasil kek yang aku buat..lama juga la lekat manik-manik love tu..bukan apa, supaya nampak kemas la konon kan..hehe..Baiklah, sampai sini la dulu entri aku pada petang ni..jumpa lagi la di lain masa ya..
 
Sapa-sapa yang berminat untuk menempah kek ni boleh la hubungi kami di talian yang tertera di atas tu ya..tq..-wasalam-


2 comments:

  1. Seronoknya dapat buat kek untuk mama tersayang... masa arwah mak kak ina ada dulu kak ina tak pandai buat kek langsung.. mesti mama awak terharu kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak ina singgah sini..syukur la sya pandai sikit2 buat kek kak..mama memang hepi sangat dan terharu..

      Delete