Hello..hello..selamat petang semuanya..tengah santai depan tv ni..rehat-rehat la lepas makan tengahari..so, sambil-sambil tu memang ambik kesempatan ni untuk publish lagi entri baru..hem, banyak lagi ni entri yang ada dalam folder..huhu..
Okey la tanpa membuang masa aku mau siarkan entri tentang order katering dari PETRONAS pada hari ahad yang lalu iaitu pada 15hb September..mereka order kuih-muih untuk minum pagi dan makan tengahari untuk 70 orang peserta kursus yang mereka anjurkan.
Antara menu minum pagi adalah Popia goreng, Apam gula hangus, Kuih Lenggang dan Kek lapis velvet hawflakes pelangi dan 2 jenis minuman panas iaitu nescafe dan teh.
KUIH LENGGANG |
POPIA GORENG ( INTI KENTANG )
APAM GULA HANGUS
KEK LAPIS VELVET HAWFLAKES PELANGI
Menu untuk makan tenghari pula adalah Kari ayam, Ikan masak merah, Sayur campur, Sambal tempe dan Sambal mangga. Buah pula adalah tembikai dan pisang..Sambal tempe tu pihak pengurusan PETRONAS yang request dan sambal mangga tu kami buat free untuk mereka ni..memandangkan banyak betul buah mangga muda di belakang rumah..Untuk minuman sirap dan mineral.
KARI AYAM
IKAN MASAK MERAH
SAYUR CAMPUR
SAMBAL MANGGA
SAMBAL MANGGA
TEMBIKAI
PISANG
Alhamdulillah syukur, mengikut feedback yang mereka berikan terhadap makanan, servis, setting meja dan dari segi ketepatan masa..mereka sangat berpuas hati dengan apa yang kami buat..terima kasih banyak-banyak ya..
Oklah ya kawan-kawan dan pengunjung semua..sampai sini la entri untuk hari ni..sampai jumpa lagi..dada..
Kecur air liur tengok sambal mangga tu.. kira hebat awak ni boleh siapkan kuih dan katering sekali... suka kak ina tengok :)
ReplyDeletesyukur Alhamdulillah la kak.. untuk katering saya buat sama2 dengan keluarga..gotong-royong untuk siapkan menu katering.
Deletepaling sedap tengok sambal mangga itu . tempahan utk 70 org, byk juga tu.....moga terus murah rezki bbwana.
ReplyDeleteterima kasih banyak ya kak..
Delete